Date: Khamis, March 15, 2018

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Tenaga MS ISO 50001 : 2011 telah berlangsung pada 12-13 Mac 2018 di Kompleks Ibu Pejabat JKR Blok A, B, C, D, E dan F oleh pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd.

Sukacita dimaklumkan, pihak SIRIM QAS telah mengesyorkan dan mengiktiraf Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga yang mematuhi standard MS ISO 50001 :2011 untuk tempoh 3 tahun lagi berakhir tahun 2021.

Turut membanggakan, TIADA OFI & NCR dikenakan.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli Pasukan Pengurusan Tenaga (CSFB, CKM, CKE, CA, CASKT), Wakil Tingkat, warga Kompleks Ibu Pejabat JKR Blok A hingga F dan semua warga JKR amnya.

TAHNIAH di atas kejayaan mengekalkan pensijilan SIRIM MS ISO 50001:2011. Semoga prestasi baik ini terus kekal menjadi budaya kerja warga JKR.