Date: Khamis, April 6, 2023

Bengkel Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Bil.1/2023 telah dilaksanakan pada 3-5 April 2023 di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Unit Pengurusan Bersepadu (UPB), Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat  melibatkan wakil JKR cawangan dan negeri yang terpilih.

Objektif bengkel ini diadakan untuk mengkaji cadangan penambahbaikan yang diterima melalui Laporan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) JKR Malaysia bagi Tahun 2022. Topik yang dibincangkan adalah merangkumi proses bagi prosedur kerja pengurusan, prosedur kerja operasi termasuklah SPK Penyelenggaraan. Selain itu, bengkel ini juga dilaksanakan seiring pindaan yang akan dibuat bagi Dokumen SPB Keluaran 07 Pindaan 02.

Melalui pengalaman, kepakaran serta pengetahuan ahli bengkel yang terdiri daripada pelbagai bidang dan cawangan, bengkel ini dilihat sebagai satu medium yang baik untuk bertukar-tukar idea dan pandangan secara ilmiah dan realistik dalam memantapkan SPK JKR Malaysia.