Date: Isnin, Disember 11, 2023

Bengkel Kajian Kaedah Pelaksanaan Perlantikan Pihak Ketiga Bagi Penyediaan Lukisan Siap Bina (LSB) Yang Tidak Disiapkan Oleh Pihak Kontraktor telah diadakan pada 27 - 28 November 2023 bertempat di Bilik Mawar 3, Tingkat 12, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan CPAB, YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail. Bengkel ini bertujuan mengkaji kaedah pelaksanaan pelantikan pihak ketiga untuk penyediaan LSB yang tidak disiapkan oleh pihak kontraktor, dan di samping itu juga membincangkan langkah-langkah penyelesaian agar LSB dapat disediakan juga oleh pihak kontraktor utama.  Bengkel ini merupakan salah satu kajian untuk dijadikan dokumen sokongan untuk melengkapkan penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Lukisan Siap Bina supaya lebih menyeluruh dan mampan. Bengkel ini turut menjemput khas pihak BTM, CDPK untuk memberikan taklimat berkenaan Tatacara Carian dalam eCOMs. Perbincangan bengkel ini melibatkan Ketua Jurutera Daerah, wakil Jurutera Daerah, CKUB, CJ, JKR WPKL dan JKR Putrajaya.