Date: Jumaat, Oktober 25, 2019

BIM Project Implementation Workshop anjuran CIDB  Malaysia telah diadakan pada 21 hingga 24 Oktober 2019 di MyBIM Centre CIDB, Menara Sunway Putra Kuala Lumpur.

Seramai 20 orang pegawai JKR terdiri daripada pelbagai disiplin telah menyertai program ini yang dikendalikan oleh Pengamal BIM daripada Australia iaitu Mr. Ario Susanto (Clough),Mr. Dale Harrison (Jacobs) dan Mr. Shaun Miller (Parametric) yang bertindak selaku tenaga pengajar dan fasilitator.

Melalui program ini, para pegawai JKR yang terlibat telah memperolehi pendedahan tentang amalan terbaik proses pelaksanaan BIM di Australia menerusi perkongsian pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar. Amalan yang ditunjukkan dapat dijadikan kayu pengukur dalam menambahbaik proses kerja sedia ada di peringkat jabatan. Sesi latihan hands on yang dijalankan telah dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta. Antara skop program ini ialah
 

  1. Introduction : BIM application on large infrastruture project
  2. Civil & GIS Spatial data to BIM
  3. Infraworks – Land data utilisation
  4. Advanced BIM conceptual modelling
  5. Inter-Disciplinary Model Exchange Protocols
  6. Cross Disciplinary Collaboration : Clash Detection & Design Review
  7. Quantity Take Off
  8. Planning Construction Sequencing (4D)
  9. F&M Data extraction
     

Ketua Unit BIM Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu IPJKR Malaysia, Encik Muhammad Khairi bin Sulaiman berkenan menyampaikan cenderahati kepada para tenaga pengajar fasilitator.