Date: Jumaat, April 26, 2019

MUAT TURUN BORANG CADANGAN TAJUK PROJEK PENYELIDIKAN DI SINI (LAMPIRAN 1)

 

Selaras dengan visi Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) untuk menjadi sebuah institusi bertaraf dunia dalam penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan, CREaTE dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk mengemukakan cadangan tajuk penyelidikan sebagaimana butiran berikut:

i.    Cadangan tajuk penyelidikan;

ii.   Pernyataan masalah;

iii.  Objektif;

iv.  Skop penyelidikan; dan

v.   Outcome penyelidikan.

Keutamaan adalah diberikan kepada tajuk penyelidikan jenis Applied Research dan yang menjurus kepada solusi teknikal yang dapat menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.

Dimaklumkan juga bahawa CREaTE akan membuat hebahan untuk cadangan tajuk penyelidikan daripada tuan/puan sebanyak tiga (3) kali setahun. Untuk hebahan kali pertama ini, tarikh tutup untuk mengemukakan cadangan telah ditetapkan pada 27 Mei 2019.

Untuk tujuan itu, semua cadangan daripada pejabat tuan/puan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Lampiran 1 dan hendaklah sampai kepada urusetia, iaitu Seksyen Penyelidikan dan Pengurusan Teknikal, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, CREaTE, selewat-lewatnya pada 27 Mei 2019 ke alamat berikut:

 

Seksyen Penyelidikan dan Pengurusan Teknikal

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan

Aras 3, Blok B

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat

78000 Alor Gajah

MELAKA.

 

Tuan/puan diminta untuk mengambil maklum bahawa permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh urusetia.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, tuan boleh menghubungi:

 

Ir. Kamaliah binti Mohd Saha

Jurutera Awam

Seksyen Penyelidikan dan Pengurusan Teknikal

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan

CREaTE

(T) : 06-551 2372

(E) : Kamaliah.jkr [at] 1govuc.gov.my