Date: Jumaat, Mei 27, 2022

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mohamed Shahriman bin Mohamed Yunus, Mohd Hanif bin Jamaludin dan Nor Ain binti Mohd Bahror daripada Makmal Penyelidikan Elektrik, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) di atas penganugerahan sebagai Best Paper Award di ICESECS 2022: XVI. International Conference on Electrical Systems Engineering and Computer Science yang telah diadakan pada 21-22 April 2022.

Seminar peringkat antarabangsa ini telah diadakan di Istanbul, Turki dan dibentangkan oleh Ir. Dr. Mohamed Shahriman bin Mohamed Yunus secara atas talian. Tajuk kertas kerja ini adalah “Analytic on Various Grounding Configurations in Uniform Layer Soil”.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada warga kerja JKR yang lain untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan JKR dalam bidang penyelidikan teknikal negara. Tahniah sekali lagi.