Date: Rabu, March 13, 2019

CivilCORE2019 merupakan persidangan pertama yang telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Mac 2019 bertempat di Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan turut dihadiri oleh pegawai - pegawai kanan JKR Ibu Pejabat dan Negeri.

Penganjuran pertama ini merupakan penganjuran bersama Urus Setia Disiplin Awam (UDA) dan CREaTE sebagai Jawatankuasa Induk serta Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil setiap Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh 364 orang peserta (melebihi sasaran asal iaitu 300 peserta) yang terdiri daripada warga Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya meliputi Ibu Pejabat, Negeri, Wilayah dan Daerah.

Majlis perasmian dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Ketua Disiplin Awam, YBrs. Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian, seterusnya Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Kemudian, diteruskan dengan Ucaptama (Keynote) yang bertajuk “OOI You! Yes You. Where Are You Going???” oleh Pengarah Kanan CREaTE, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Che Hassandi Bin Abdullah. Bagi tahun 2019 ini, terdapat 10 kertas penyelidikan yang telah dibentangkan oleh warga Disiplin Awam JKR dari pelbagai latar belakang dan pameran yang melibatkan 20 poster penyelidikan. Antara kertas penyelidikan adalah:
 

  1. Ir. Dr. Sherliza Zaini Sooria, Seismic Resistant Design of Structures in the Low to Medium Seismicity Countries: Flexible Structures for Economical Construction
  2. Ir. Dr. Fairul Zahri Bin Mohamad Abas, Bridge Structures: The Masterwork of Civil Engineering
  3. Ir. Dr. Hasli Ibrahim, Modeling Performance Time For Construction of Public Sector Building Projects in Peninsular Malaysia
  4. En. Suhaimi Jamaludin, Development of Landslide Hazard Assessment Model for Cut-Slopes  Along Tamparuli – Sandakan Road in Sabah, Malaysia
  5. Dr. Mohd Nor Rashidi bin Ab. Jalil, The Effectiveness of Noise Barrier on Reduction of Traffic Noise at Middle Ring Road II (MRR2) Kuala Lumpur
  6. Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff, Reappraisal of JKR Quality Management System to Effectively Improve the Quality of JKR Projects
  7. En. Mohd Hafis Ahmad, Readiness of Organisation And Employees in The Malaysian Public Organisation Towards Change Management
  8. Ir. Amisah binti Ahwang, Dynamic Behaviour of Long Span Cantilever SteelConcrete Composite Floor
  9. Ir. Dr. Ahmad Firdauz Abdul Mutalib, The Effect of Knowledge Management on Organisational Performance through the Malaysian Government Immovable Asset Management Practices
  10. Sr Dr. Syamilah Bt Yacob, Establishing Critical Factors, Contributing to Building Defects and It’s Relationship to School Building Condition


Seterusnya, majlis diakhiri dengan sesi penyerahan Anugerah Poster Terbaik bertajuk “A Case Study on the Assessment of Fire-Damaged Building of The Institute For Medical Research, Malaysia” oleh Ir. Mohd Shaifuddin Abd. Razak (Jurutera Awam Penguasa Kanan, J54) , Ir. Emmy Sherina Ismail Hashim (Jurutera Awam Kanan, J48) dan Ir. Mohd Firdaus Mohd (Jurutera Awam, J44) dari Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS). Bagi Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik pula dirangkul oleh Sr Dr. Syamilah Yacob, Juruukur Bangunan Kanan (J48) dari Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) dengan kertas penyelidikan bertajuk “Establishing Critical Factors Contributing to Building Defects and Its’ Relationship to School Building Condition”

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang CivilCORE2019 serta terima kasih kepada para perserta persidangan dan semua pihak yang terlibat.

Jumpa lagi di CivilCORE2020 !

Disediakan :
JAWATANKUASA PROMOSI CivilCORE 2019
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
12 Mac 2019