Date: Rabu, Jun 8, 2022

8 Jun 2022 │Menara Kerja Raya │ YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah menyempurnakan penyerahan wang zakat melalui wakalah Surau Menara Kerja Raya, Blok G hasil sumbangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kepada penerima zakat terdiri daripada warga JKR Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.

 

Untuk makluman, JKR Ibu Pejabat telah menerima sejumlah RM 22,800.00 bagi diagihkan kepada seramai 57 orang warga JKR Malaysia yang layak untuk menerima agihan zakat. Sekalung penghargaan buat PPZ, Surau Kementerian Kerja Raya dan semua umat Islam yang telah menunaikan ibadah zakat demi kebaikan ummah.

 

#JKRPrihatin

 

“Dan dirikanlah kamu akan Solat serta keluarkanlah Zakat dan Taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”

Surah An-Nur: Ayat 56