Date: Jumaat, Disember 2, 2016

Pada 16 November 2016 telah berlangsung satu  pameran Energy Efficient for Life (#EE4LIFE) di High Street Centre Court, One Utama Shopping Centre. Aktiviti kesedaran awam mengenai kecekapan tenaga di dalam bangunan yang terbesar dan pertama seumpamanya yang diadakan di Malaysia ini  anjurkan oleh oleh Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) JKR bersama dengan Building Sector Energy Efficiency Project (BSEEP) dan Malaysian Association of Energy Services Companies (MAESCO)

Majlis pembukaan pameran ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Dato’ Sri Ir Dr Roslan Md Taha, sebelum beliau memulakan lawatan ke setiap ruang pameran .Turut hadir bersama, Dato' Ir Mohd Fazli bin Osman - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya - Sektor Bangunan, Ir Gopal Narian Kutty – Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) dan Pengarah Nasional BSEEP serta pengarah pengarah lain dari Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Ruang pameran dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu ‘Passive Design’ yang menempatkan Ajiya, TaqaMy, Jotun dan Inovar untuk mempamerkan produk kecekapan tenaga mereka, juga Panasonic di bahagian ‘Active Design’. Turut serta menyertai pameran ini adalah Seri UKM, Suruhanjaya Tenaga, Sime Darby, MGBC, BSEEP dan MAESCO yang ditempatkan di bahagian ‘Agency’.

Majlis pembukaan ini diakhiri dengan sidang media. Pameran yang berlangsung selama 5 hari ini telah menarik perhatian sebanyak lebih 10,000 pengunjung. CASKT berharap, aktiviti seumpama ini akan diadakan pada setiap tahun untuk terus mendidik rakyat Malaysia tentang manfaat kecekapan tenaga di dalam bangunan sekaligus menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar pengeluaran gas CO2 sebanyak 40% pada tahun 2030.