Date: Khamis, March 17, 2022

YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly b. Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Malaysia (KPKR), diiringi oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menyempurnakan Sesi Flag Off #JKRPRIHATIN ke Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu pada 16 Mac 2022. Pelbagai barangan keperluan asas akan diagihkan kepada kakitangan JKR Negeri Kelantan dan Terengganu serta penduduk sekitarnya yang terjejas.

Sumbangan ini adalah hasil daripada pelancaran program ‘Tabung Sumbangan Bencana Banjir JKR Prihatin’ pada 10 Mac 2022 (Khamis) sehingga 13 Mac 2022 (Ahad). 

Ibarat perumpamaan melayu “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, begitulah sikap keprihatinan ditunjukkan oleh warga kerja JKR Malaysia yang sama-sama mengumpul dana dan menyumbang kepada misi bantuan ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua penyumbang budiman samada yang membantu dari segi curahan tenaga, masa dan wang ringgit dalam menjayakan misi bantuan ini. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang dihulurkan.

Firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”.

(Surah An-Nahl: 128)

 

Video Flag Off Bantuan #JKRPrihatin