Date: Jumaat, April 8, 2022

HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI IMPROVED ROAD STU

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Improved Road Stud yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Perak telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Paten pada 22 Julai 2021 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). No pemilikan paten ialah MY-186465-A.

Kumpulan pereka cipta dari JKR Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Perak telah mereka cipta inovasi yang merupakan komponen perabot jalan yang dipasang di permukaan jalan bertujuan untuk membantu pengguna jalan raya melihat garis jalan dengan lebih jelas khususnya pada waktu malam dan di dalam keadaan hujan lebat.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pereka cipta Improved Road Stud:

  1. Abdul Jalil bin Hussin;
  2. Ahmad Sunhaji bin Mansor;
  3. Ahmad Rafee bin Mohammad Yusof; dan
  4. Ghazali bin Shafie.

 

 

HAK PEMILIKAN UTILITY INNOVATION BAGI PRODUK MEDIAN NIGHT REFLECTOR POST

 

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Median Night Reflector Post yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kerian, Perak telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Utility Innovation pada 23 November 2021 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). No pemilikan Utility Innovation ialah MY-188128-A.

Kumpulan pereka cipta dari JKR Kerian Perak telah mereka cipta inovasi yang merupakan alat untuk membantu pengguna jalan raya melihat median jalan raya terutamanya pada waktu malam. Alat ini akan memantulkan cahaya apabila terkena lampu hadapan kenderaan dan dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna jalan raya dari pelbagai arah.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pereka cipta Median Night Reflector Post:

  1. Saifol Bahri bin Shaari;
  2. Pubalan a/l Kuppusamy;
  3. Mohammad Fadzli bin Tajon Aros;
  4. Siti Sahara binti Zainal Abidin;
  5. Noor Rehan binti Lop;
  6. Aszurina binti Abu Harirah;
  7. Zaitun Najahah binti Osman;
  8. Mohd Daud bin Osman; dan
  9. Ali Othman bin Kulop Ibrahim.