Date: Khamis, Februari 9, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Median Night Reflector Post yang direka cipta oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kerian, Perak bersama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Reka Bentuk Perindustrian (ID) pada 08 Disember 2022 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Median Night Reflector Post merupakan penambahbaikan dari segi bentuk (shape) ke atas produk Median Night Reflector Post yang telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Pembaharuan Utiliti (UI) pada
23 November 2021. Rekacipta ini diilhamkan bagi membantu pemanduan yang lebih selamat di jalan raya pada waktu malam. Dengan mengekalkan ciri pemantulan cahaya kuning dengan penggunaan High Intensity Prismatic Sheet, kaedah pencahayaan ditambah baik dengan ciri phosphorescence atau lebih dikenali sebagai teknologi glow-in-the-dark yang mengandungi elemen pigmen phosphors bagi mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat selepas diberi tenaga. Sumber tenaga adalah sama ada dari cahaya matahari atau lampu kenderaan yang diserap, sebelum ianya bercahaya semula dan dapat dilihat pada waktu malam.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pereka cipta Median Night Reflector Post:

  1. Saifol Bahri bin Shaari;
  2. Ir. Ts. Dr. Tuan Suhaimi bin Salleh;
  3. Shahiena Azli binti Abdul Azis;
  4. Nor Azlinda binti Ismail;
  5. Siti Saharah binti Zainal Abidin;
  6. Noor Rehan bt Lob;
  7. Pubalan al Kuppusamy;
  8. Mohammad Fadzli bin Tajon Aros;
  9. Zatun Najahah binti Osman;
  10. Jaini bin Kayapis;
  11. Mohd Daud bin Osman;
  12. Aszurina binti Abu Harirah; dan
  13. Mohd Shahrul Haiydri Bin Abd Rahim.