Date: Isnin, Oktober 10, 2016

Majlis Perasmian Hari Inovasi JKR Tahun 2016 telah diadakan pada 10-11 Oktober 2016 (Isnin-Selasa) bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Penganjuran Hari Inovasi JKR 2016 menunjukkan komitmen utuh jabatan menyemarakkan aspek kreativiti warga kerja jabatan secara berterusan dalam penerapan budaya inovasi yang berkualiti.

Hari Inovasi  JKR 2016 merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Tahun Gerakan Inovasi telah diisytiharkan pada tahun 2012 dan kini tradisi itu berterusan. Bertemakan “Inovasi Pemangkin Prestasi” JKR bergerak seiring dalam merekacipta produk-produk yang berimpak tinggi dalam mencapai misi dan visi jabatan seterusnya menterjemahkan agenda pembangunan negara.

Pada sebelah pagi, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, YBrs Ir. Abu Bakar bin Mohamed Said. Perasmian Hari Inovasi JKR 2016 ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia. Selesai agenda perasmian tersebut, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Sijil Penghargaan kepada perekacipta  JKR sempena ITEX 2016. Sejurus kemudian, satu upacara menandatangani nota kerjasama Program Pensijilan Pengurus Projek diantara  JKR & JPS di pentas perasmian.

Pada jam 10.15 pagi, majlis diteruskan dengan sesi persembahan Kumpulan Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) Sesi 1. Acara berlangsung di Dewan Serbanguna. Sebanyak 5 kumpulan telah membuat persembahan di sebelah pagi dengan diadili oleh 3 juri. Antara kumpulan KIK yang terlibat adalah dari pada JKR Perak, JKR Negeri Sembilan, dan JKR Selangor.  Antara produk inovasi yang ditampilkan Intelilgent Equipment Mechanical, dan RCCB Trip Berulang.
 
Sesi persembahan KIK diteruskan pada sebelah petang pula yang dipersembahkan oleh 5 lagi kumpulan KIK Sesi 2. Kumpulan ini terdiri daripada wakil JKR Kuala Muda, Sik, Kedah, JKR Perak dan JKR Kuala Langat . Antara produk inovasi yang ditampilkan adalah Q-PDA, Smart Sign  pencuci papan tanda.

Majlis akan bersambung pada hari esoknya.