Date: Khamis, Oktober 4, 2018

Hari kedua Inovasi JKR Malaysia (HIJ) 2018 yang bertemakan “Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)” diteruskan dengan Majlis Perasmian dan Penutup yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Turut hadir sama pada majlis perasmian ialah YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Hj. Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Razani Bin Abd. Lazid, Pengarah JKR Negeri Kelantan, pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera Daerah,  Pegawai Kader serta warga kerja JKR.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Dato’ Ir. Haji Razani Bin Ab. Lazid, Pengarah JKR Negeri Kelantan selaku tuan rumah, disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha Ketua Pengarah Kerja Raya, manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Antara salah satu intipati ucapan YB Timbalan Menteri adalah merujuk kepada tema Hari Inovasi JKR 2018 iaitu “Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)” warga kerja JKR perlu bersedia untuk bergerak seiring dengan revolusi industri dan mengadaptasi inovasi dalam landskap pembangunan negara.

Acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah JKR Malaysia dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah diadakan pada 1 Oktober 2018. Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori:







Di akhir sesi tersebut, DS KPKR dengan rasminya mengumumkan tuan rumah HIJ JKR 2019 adalah JKR Negeri Selangor. Lawatan ke Pameran Inovasi JKR dan Pameran Industri oleh YB Timbalan Menteri diadakan sejurus selepas majlis perasmian tamat.

Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa induk iaitu Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan ahli jawatankuasa kerja JKR Negeri Kelantan yang terlibat dalam menjayakan Hari Inovasi JKR Malaysia (HIJ) 2018.