Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 25 Oktober 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dengan tema "Membudaya Inovasi Merealisasi Transformasi". Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia.
Antara pengisian sepanjang majlis berlangsung adalah;
- Ceramah Inovasi oleh YBrs. Mejar Mohd Ghazali bin Abdul Rahman, daripada Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan, dengan tajuk ceramah beliau Perkongsian Pengalaman - Kreativiti dan Inovasi ATM ke Peringkat Kebangsaan.
- Ceramah Inovasi oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan tajuk ceramah beliau Kejayaan Pelaksanaan Program Transformasi dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Dalam Sektor Awam.
- Pameran dan Kuiz Inovasi.
- Penyampaian Anugerah Inovasi. Sebanyak 3 Anugerah dipertandingkan dan keputusan adalah seperti berikut;
1. ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEJABAT | |
PERTAMA | Unit Audit Dalam, Kementerian Kerja Raya |
KEDUA | Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) |
KETIGA | Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya |
2. ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) | |
PERTAMA | Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) |
KEDUA | Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Tajuk Projek : Aplikasi e-Bantuan |
KETIGA | Jabatan Kerja Raya (JKR) Tajuk Projek : Sistem Pemantauan Projek Berpusat (SPPB) |
3. ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) (PENGURUSAN KENDERAAN) | |
PERTAMA | Unit Audit Dalam, Kementerian Kerja Raya |
KEDUA | Bahagian Kewangan, Kementerian Kerja Raya |
KETIGA | Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya |
Majlis juga meraikan pemenang International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2017 (ITEX'17) yang memenangi lima pingat emas dan tujuh pingat perak serta pemenang International Invention Innovation Competition in Canada 2017 (ICAN). Majlis diakhiri dengan lawatan oleh YB Menteri Kerja Raya ke tapak pameran.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
- 957 bacaan