Date: Rabu, Oktober 30, 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Kondusif di Peringkat KKR dan Agensi 2024 sempena Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya & Agensi Tahun 2024.  Majlis yang bertemakan “Tekal Inovasi , Realisasi Kualiti” ini telah berlangsung pada 30 Oktober 2024 (Rabu) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kerja Raya.

Turut hadir memeriahkan Majlis adalah YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama-sama Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan Ir.Hj. Zulkifli Bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) serta Ketua-Ketua Jabatan daripada setiap agensi Kementerian Kerja Raya.

YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya telah mewakili Jabatan Kerja Raya Malaysia untuk menerima Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Kondusif Peringkat KKR Dan Agensi Tahun 2024 yang membawa pulang sijil penghargaan, trofi dan wang tunai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya dan Urusetia Induk EKSA atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Diharapkan warga JKR terus komited dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang kondusif dapat dikekalkan di samping merealisasikan budaya inovasi ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada semua warga JKR dalam usaha pembudayaan amalan pejabat kondusif secara progresif dan inovatif. 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat