Date: Selasa, March 12, 2019

Persidangan hari kedua dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri KPKR. Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YBhg. DSKPKR adalah seperti berikut;

1.  Panduan YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara
     - Pembaharuan yang berterusan
     - Do the right thing right the first time
     - Memodenisasikan penyampaian perkhidmatan
     - Perkhidmatan yang mesra rakyat
     - Cabaran persekitaran global
     - Penjawat Awam harus bersatu,

2.  Pemerkasaan  AP 182, JKR telah diberi mandat dan tanggungjawab yang lebih besar untuk melaksanakan semua projek kerja kerajaan.

3.  Memastikan Sistem Perolehan Kerajaan Menjana Faedah Maksimum Untuk Wang Rakyat. Bagi mencapai tujuan ini, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah membentangkan kertas bertajuk Cadangan Penambahbaikan bagi Kaedah Penilaian dan Pemilihan Perunding dan Pelaksanaan Perkhidmatan Perunding bagi Projek Fizikal.
- Mewujudkan kriteria wajib lulus di mana perunding hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Profesional,          bebas daripada tindakan tatatertib salah laku profesional di bawah Lembaga Profesional masing-masing dan berprestasi baik bagi          melayakkan perunding dinilai ke peringkat selanjutnya.
- Kaedah perolehan perunding secara Lead Consultant melalui tender terbuka akan digunapakai dengan lebih meluas. Lead Consultant    akan melantik sub perunding daripada pelbagai bidang bagi projek berkenaan. Konsep perolehan secara Lead Consultant merupakan    kontrak satu titik tanggungan (single point liability). Maka dengan adanya kaedah perolehan yang mengadakan kriteria wajib lulus dan      pelantikan Lead Consultant, ini dengan sendiri akan menjana faedah nilai terbaik kepada Kerajaan.

4.  Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Sehingga 31 Disember  2018.
     - JKR telah menyiapkan 127 projek iaitu 64% daripada 197 projek yang sepatutnya siap pada tahun 2018.

5.  Pengurusan Kewangan JKR
    - JKR telah mencapai kejayaan yang membanggakan pada tahun 2018 apabila telah dianugerahkan 5 Bintang bagi Pengauditan               Indeks Akauntabiliti (AI) bagi tahun 2017

6.  Pengiktirafan Dan Kejayaan Jabatan Tahun 2018
- Pencapaian cemerlang bagi pengiktirafan lima bintang (100%) untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2017 oleh Jabatan      Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1 Oktober 2018.
- Pada tahun 2018, sebanyak tiga (3) projek JKR telah mendapat pengiktirafan skor SHASSIC 5 bintang daripada CIDB dimana projek      tersebut telah memenuhi kriteria Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di dalam sektor pembinaan.
- JKR telah berjaya menyiapkan 35 buah bilik darjah konsep di 10 sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya yang                  direkabentuk dan dibina dengan menggunakan kaedah IBS.
- Jabatan Kerja Raya buat julung kalinya pada tahun ini telah menganjurkan Hari Profesion Teknikal Negara JKR 2018 (HPTN JKR            2018) pada 4 Disember 2018 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, dan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya.

7.  Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (Kpi) Jabatan 2018
     - Tahun 2018 telah mencatatkan pencapaian KPI yang membanggakan

8.  Sasaran Petunjuk Prestasi Utama (Kpi) Jabatan 2019
    - Sebanyak 10 KPI telah ditetapkan dengan 7 daripadanya adalah merupakan KPI baharu dalam pengukuran prestasi Jabatan.

9.  Penggunaan Teknologi Bim
    - Kaedah rekabentuk PAP dilaksanakan secara BIM dan IBS telah ditingkatkan kepada 30 bilangan projek pada tahun ini.

10. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2
- Kerajaan telah menggantikan Pelan Integriti (PIN) dan NKRA-“Membanteras Rasuah” dengan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP)        2019-2023 yang lebih menyeluruh.  Antara enam (6) strategi utama berkaitan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban sektor      awam adalah Strategi 3.1.2: Mempertingkatkan Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan Awam dalam memastikan semua agensi          kawal selia  melaksanakan projek berdasarkan nasihat dan cadangan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya dan agensi teknikal yang berkaitan. Melalui strategi ini, pihak kerajaan telah mula memperkasakan semula AP 182, di mana semua Jabatan Bukan Teknik hendaklah mendapatkan perkhidmatan teknikal dari Jabatan Teknik (JKR Malaysia, JPS) bagi melaksanakan semua projek supaya JKR dapat menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan teknikal kepada negara dan rakyat.

11.  Integriti
- Pemantapan Integriti menjadi antara agenda utama Kerajaan Pakatan Harapan dan dengan memberi fokus kepada PENGUKUHAN      TADBIR URUS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH, Kerajaan Pakatan Harapan telah mewujudkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).
- Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29 Januari 2019 menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN).

12.  Sumber Manusia  - Kompetensi Dan Kemajuan Kerjaya
- 13 orang pegawai JKR telah diiktiraf sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME)
- Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track ) bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2016 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 /2016.

13.  Cabaran 2019
- Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerahkan sebanyak 97 projek baharu dalam Rolling Plan 4 (RP 4) 2019 dibawah RMK-11 di Semenanjung Malaysia dan projek sambungan sekolah daif di Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan oleh JKR.
- JKR diberikan tanggungjawab besar bagi melaksanakan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
- Jabatan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Jawatankuasa Program/ Project Problem Solving Governance di peringkat JKR Malaysia bertujuan membantu menyelesaikan masalah/ isu projek atau pun masalah antara sektor yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Pra dan Pasca Kontrak.

Sila klik untuk muat turun
Ucapan Ucaptama
Slide Ucapan Ucaptama

Majlis diteruskan dengan Parallel Session. Terdapat 5 Track Parallel Session yang berlangsung iaitu ;

Track 1 : Kecemerlangan Pelaksanaan Projek
Moderator: Ir. Ab Hamid Bin Hj. Md. Daud
Pembentang 1: Dr. Bugs Tan Tajuk : The Way Forward Towards Making JKR A Leader In Infrastructure In Malaysia
Pembentang 2: Puan Sarimah binti Ahmad Tajuk : Pemerkasaan AP 182 di JKR Dalam Merialisasi Kecemerlangan Pelaksanaan Projek

Track 2 : Pelanggan Yang Amat Berpuas Hati
Moderator: Y.Bhg. Datuk Ir. Muhammad Azman Bin Jamrus
Pembentang 3: Ir. Hj. Dzariff bin Yaacob Tajuk : AP182: Apakah JKR Dapat Memenuhi Aspirasi Pelanggan?
Pembentang 4: Ar. Azman bin Md Hashim Tajuk : Delighting The Customer - Fulfilling The Needs

Track 3 JKR Sebagai Pusat Rujukan Teknikal
Moderator: Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman
Pembentang 5: Sr Hashimah binti Harun Tajuk : JKR sebagai Pusat Rujukan Teknikal :Suatu Destinasi Antara Impian Dan Realiti
Pembentang 6: Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria Tajuk : Research And Development, And Innovation (RDI) As A Catalyst In Developing JKR Into A Technical Reference Centre

Track 4 Kelestarian Infrastruktur
Moderator: Y.Bhg. Datin Ar. Mariani Noor Binti Suhud
Pembentang 7: Ar. Yong Razidah binti Rashid Tajuk : Enhancing Sustainability And Integrating Inclusivity For Sustainable Development
Pembentang 8: Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin Tajuk : Enhancing Sustainability Of Active Systems In JKR Projects

Track 5 Solusi Inovasi
Moderator: Y.Bhg. Dato’ Ir. Shuib Bin Tabri
Pembentang 9: Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin Tajuk : Internet Of Things And Big Data: Opportunities For JKR To Excel And Lead
Pembentang 10: Sr. Dr. Khairil Hizar bin Md Khuzaimah Tajuk : Managing Disruption In The Age Of Great Acceleration: Learning And Innovation Through Communities Of Practice

Seterusnya, majlis penutup Persidangan Pegawai Kanan JKR 2019 dimulakan dengan sesi Perbahasan Resolusi dan sesi perbahasan ucaptama Ketua Pengarah Kerja Raya.

Persidangan Pegawai Kanan JKR 2019 berakhir dengan penyampaian watikah daripada YBhg. Dato' Sri KPKR kepada tuan rumah SOC 2020 iaitu JKR Negeri Perak.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat dan jumpa lagi pada SOC 2019 di Negeri Perak.