Date: Isnin, Julai 9, 2018

Persidangan hari kedua dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri KPKR. Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YBhg. DSKPKR seperti berikut;

  1. Tema SOC 2018 
    Aspirasi JKR Pada Era Revolusi Industri 4.0 dipilih bertepatan dan seiring dengan senario global dunia masa kini yang mana semua negara berlumba – lumba menuju IR 4.0 agar lebih berdaya saing dan kompetitif di pasaran dunia.
     
  2. Ke Arah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) 
    IR 3.0 menekankan penggunaan komputer yang meluas manakala IR 4.0 pula melibatkan penemuan pelbagai teknologi baharu yang menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi system, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT) dan perkara seumpamanya.

    Selain itu, JKR telah mewujudkan JKR Incorporated (JKR Inc.) sebagai inisiatif utama dalam merealisasikan IR 4.0.
     
  3. Prestasi Pelaksanaan Projek – projek Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) sehingga 31 Mei 2018
    JKR menerima peruntukan daripada kementerian pelanggan sebanyak RM4.0 bilion bagi pelaksanaan 1,190 projek RMKe11 di mana RM3.1 bilion adalah peruntukan pembangunan dan RM258 juta adalah daripada sumber peruntukan bukan pembangunan seperti Private Financing Initiative (PFI), Akaun Amanah dan badan – badan berkanun. JKR telah membelanjakan sebanyak RM2.1 bilion atau 51.88%.
     
  4. Pencapaian Sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan setakat Mei 2018
    Sehingga 31 Mei 2018, pencapaian keseluruhan adalah 35.94% daripada 65% pengukuran KPI jabatan yang mana melebihi sasaran asal setakat ini. Antara KPI JKR yang perlu dicapai adalah;
    a) Penggunaan komponen IBS dalam projek pembinaan – sehingga kini empat (4) pembekal telah dilantik (10.53%)
    b) Reka bentuk bangunan menggunapakai PAP – 16 bilangan rekaan berbanding 30 sasaran tahunan telah dicapai.
    c) Bilangan EOT yang dikeluarkan kurang 20% - 9.67% bilangan EOT yang dikeluarkan sehingga kini.
    d) Penyerahan projek secara 3 in 1 (As built drawing, statement of final account, certificate of final completion) – sehingga kini 33.93% pencapaian telah dicapai.
    e) 20 bilangan projek telah berjaya dikeluarkan SST sepertimana yang dijadualkan dalam Q-Plan.
    f) Kemajuan kerja fizikal bagi Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pulau Indah telah mencapai KPI yang disasarkan iaitu 100%.
    g) Projek Sekolah Daif telah mencapai sebanyak 6.10% sehingga kini dan dijangka mencapai penyiapan sepenuhnya pada tahun 2018 seperti sasaran KPI tahun 2018.
     
  5. Projek Touch Points dan Berimpak Tinggi - Projek Sekolah Daif dan Sustainable Hydrokinetic Renewable Energy (SHRE)
  6. Peluasan Teknologi Building Information Modeling (BIM) di JKR
  7. Pengurusan Risiko – Amalan Pengurusan Risiko diaplikasi kepada semua projek yang dilaksanakan oleh JKR yang bernilai melebihi RM500,000 bermula bulan Jun 2017.

Majlis diteruskan dengan sesi pembentangan kertas kerja seperti berikut;

  1. Tajuk kertas kerja : JKR Involvement in Solar Photovoltaic System Technology : An Untold Story
    Pembentang : Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmud (Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia)
  2. Tajuk kertas kerja : Halatuju Industri Pembinaan Malaysia: Isu dan Cabaran
    Pembentang : En. Azman bin Ibrahim (Kementerian Kerja Raya)
  3. Tajuk kertas kerja : JKR ICE MRT2 Team Experience In Rail – What We Have Learned
    Pembentang : Ir. Roslina Bt. Abdul Rahman (Mass Rapid Transit)
  4. Tajuk kertas kerja : Standard Specification for Roadwork (Section 9: Concrete)
    Pembentang : Ir. Hajjah Atikah binti Zakaria@Ya (Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia)
  5. Tajuk kertas kerja : Penjawat Awam Yang Berintegriti & Beramanah, Tonggak Harapan Negara
    Pembentang : Sheikh Dr. Hazizan bin Mat Desa (Jabatan Agama Islam Negeri Kedah)

Seterusnya, majlis penutup Persidangan Pegawai Kanan JKR 2018 dimulakan dengan sesi interaksi santai di antara YBhg. Dato' Sri KPKR bersama peserta SOC 2018 dan berakhir dengan penyampaian watikah daripada YBhg. Dato' Sri KPKR kepada tuan rumah SOC 2019 iaitu JKR Negeri Pulau Pinang.

Sila klik di sini (link is external) bagi tujuan muat turun kertas kerja pembentangan sepanjang persidangan berlangsung.

JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang Anugerah JKR Malaysia 2018 dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan rumah JKR Negeri Kedah di atas penganjuran persidangan kali ini. Terima kasih juga kepada semua warga JKR yang terlibat dalam persidangan kali ini. Semoga komitmen dan usaha warga kerja JKR Malaysia dalam memartabatkan jabatan ke peringkat yang lebih tinggi adalah berterusan.