Date: Khamis, Ogos 25, 2016

Program hari kedua dan penutup Mesyuarat Jurutera Awam 2016 dimulakan sekitar jam 8.30 pagi dengan taklimat yang bertajuk "cabaran di Tapak Bina : Auditan dan Pengajaran" oleh YBrs.Sr.Norshimah bt Meon, JKR Selangor. Taklimat yang beliau sampaikan berkaitan dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh Wakil Pegawai Penguasa dan Pegawai Penguasa diantaranya:

1)Kepincangan dalam bayaran Interim
2)Arahan PP ataupun cadangan Kontraktor?
3)Lanjutan masa satu kemestian?
4)Tindakan penamatan yang tidak sempurna.

Majlis berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan taklimat yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Fazil Ahmad dari Universiti Sultan Zainal Abidin yang bertajuk " Minda, Sikap dan Cara Kerja Kelas Pertama". Majlis diteruskan dengan Taklimat yang bertajuk "Urusan Tindakan Tatatertib" oleh YBrs.En.Mohd Asri Md Isa dari CDPK.

Pada sebelah petang telah diadakan Sesi Townhall bersama TKPKR (Sektor Bangunan),YBhg.Dato'Ir.Dr.Hasnul b Mohamad Salleh, Ketua Disiplin Awam, YBhg.Dato'Dr. Meor Aziz b Hj.Osman, Pengarah CDPK,YBhg.Dato'Ir.Hj.Mohd Jamal b Sulaiman dan juga Pengarah JKR Terengganu, YBrs.Ir.Abdul Hamid b Md Daud. YBrs.Ir.Muhammad Azman Jamrus telah dilantik sebagai moderator untuk sesi Townhall yang telah diadakan.

Mesyuarat Jurutera Awam Tahun 2016 ini diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan),  Ybhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul b Mohamad Salleh.