Hari Inovasi JKR 2016 telah melabuhkan tirainya pada hari kedua dan diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Antara pengisian aktiviti pada hari kedua ini adalah :
i) Slot ceramah yang bertajuk “Rahsia Inovasi Bernilai Tinggi” disampaikan oleh YBrs. Dr Zulhasni bin Abdul Rahim dari PROTON Malaysia.
ii) Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Panel Anugerah
iii) Sesi Penyampaian Pemenang Anugerah JKR Malaysia
iv) Ulasan daripada Ketua Panel Penilai KIK 2016- Pn Suhaila binti Ali, Pengurus UTC Transformasi Majlis Perbandaran Kuantan.
v) Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Panel Penilai KIK 2016
vi) Penyampaian Sijil Penyertaan Konvensyen KIK 2016
vii) Penyampaian Pemenang KIK 2016
Senarai Pemenang Konvensyen KIK 2016
KATEGORI PENGURUSAN
Johan – Kumpulan BRITE-Q (Bahagian Kontrak& Ukur Bahan) JKR Negeri Kedah
Projek :Kesukaran dan Kelewatan Penyediaan Anggaran Kos Awalan Projek
Naib Johan – Kumpulan KIK BQ (Bahagian Kontrak& Ukur Bahan) JKR Negeri Perak
Projek: Pengurusan Iklan Tender Kerja Kurang Efektif di JKR Perak
Ketiga – Kumpulan MEL.SEL@Work (Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Selangor)
Projek: I.E Mech (Intelligent Equipment Mechanical)
KATEGORI TEKNIKAL
Johan – Kumpulan USE (Cawangan Kejuruteraan Ekektrik, JKR Negeri Perak)
Projek : Gangguan Bekalan Elektrik –RCCB Trip Berulang
Naib Johan – Kumpulan MISSION X (JKR Daerah Kuala Muda dan Sik, Kedah)
Projek : Peningkatan Bilangan Papan Tanda Kotor
Ketiga – Kumpulan X-GEAR (JKR Daerah Kuala Langat, Selangor)
Projek: Kesukaran Mengendalikan Papan Tanda Sementara
Johan Keseluruhan Konvensyen KIK 2016:
Kumpulan USE (Cawangan Kejuruteraan Ekektrik, JKR Negeri Perak)
Projek : Gangguan Bekalan Elektrik –RCCB Trip Berulang
(KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PEMENANG HARI INOVASI 2016)
Majlis diakhiri dengan Penyampaian Watikah daripada Ketua Pengarah Kerja Raya kepada tuan rumah Hari Inovasi JKR 2017 iaitu JKR Negeri Melaka.
Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Induk dan JKR Negeri Perak atas komitmen di dalam penganjuran Hari Inovasi JKR Malaysia 2016.
Majlis bersurai sekitar jam 12.00 Tengahari.
- 858 bacaan