HARI INOVASI JKR 2015
Hari Kedua Hari Inovasi JKR 2015 dimulakan dengan Ceramah Inovasi 1 bertajuk Pekerja Kreatif dan Inovatif: Aset Bernilai Sebuah Organisasi. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Azrina binti Sobian dari Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semasa sesi rehat jam 10.00 pagi, satu sidang media bersama Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Pengarah Cawangan Latihan dan Inovasi dan wakil Pengarah JKR Pulau Pinang telah diadakan diruang pameran inovasi. Acara diteruskan dengan Ceramah Inovasi 2 bertajuk Halatuju Inovasi Dalam Kerangka Strategik JKR. Ceramah telah disampaikan oleh Dato' Ir. Fazli bin Osman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu Penyampaian Anugerah Konvensyen KIK JKR Malaysia 2015 dan Majlis diakhiri dengan penyampaian Watikah daripada Ketua Pengarah Kerja Raya kepada Tuan Rumah 2016 iaitu JKR Negeri Perak. Berikut keputusan penuh Anugerah JKR Malaysia 2015 dan Anugerah Konvensyen KIK 2015 yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2015 : a) Anugerah JKR Malaysia 2015 1) Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKR Cawangan/Wilayah Persekutuan): Tempat Pertama - Cawangan Kejuruteraan Elektrik Tempat Kedua - Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga Tempat Ketiga - Cawangan Senggara Fasiliti Jalan 2) Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKR Negeri) Tempat Pertama - JKR Negeri Sembilan Tempat Kedua - JKR Negeri Selangor Tempat Ketiga - JKR Negeri Kedah 3) Juara Keseluruhan Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2015 Piala Pusingan Anugerah Inovasi TKPKR (Sektor Bangunan) - JKR Negeri Sembilan Anugerah Inovasi Terbaik JKR Malaysia 2015 1) Anugerah Inovasi Harapan - Kumpulan Dinamik dari JKR Jajahan Pasir Mas Produk Inovasi - R.I.M.A.S (Road Indicator Mobile Alert System) 2) Anugerah Inovasi Terbaik JKR Malaysia 2015 - Kumpulan Inovasi CKE Perak dari Caw. Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Perak Produk Inovasi - Early Detect Distribution Board 3) Juara Keseluruhan Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2015 Piala Pusingan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah Kerja Raya - Kumpulan Inovasi CKE Perak dari Caw. Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Perak b) Anugerah Konvensyen KIK 2015 1) Kategori Pengurusan Tempat Pertama - Kumpulan Duo dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Tempat Kedua - Kumpulan Backbone dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik Tempat Ketiga - Kumpulan Luar Kotak dari Cawangan Arkitek 2) Kategori Teknikal Tempat Pertama - Kumpulan Teras 2 (2013) dari JKR Daerah Batang Padang Tempat Kedua - Kumpulan Inspera dari JKR Daerah Tampin Tempat Ketiga - Kumpulan Lestari dari JKR Daerah Seberang Perai Selatan 3) Johan Keseluruhan Konvensyen KIK JKR Malaysia 2015 - Piala Pusingan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah Kerja Raya Kumpulan Duo dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan | |
| ![]() |
| ![]() |
![]() |
- 905 bacaan