Date: Selasa, Ogos 23, 2016

Majlis Perasmian Mesyuarat Jurutera Awam JKR Tahun 2016 telah diadakan pada 22 Ogos 2016(Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Tema mesyuarat kali ini ialah “ Attitude & Work Culture - Change We Must”. Tema ini telah dipilih bertepatan dengan Pelan Transformasi JKR yang berasaskan kepada Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA).

Majlis dimulakan pada jam 9.15 pagi dengan bacaan doa dan disusuli dengan Ucapan Ketua Disiplin Awam, Ybhg Dato’ Dr.Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman . Antara Intipati ucapan Ketua Disiplin Awam :

YBhg Dato’ menekankan perlunya peningkatan kompentensi oleh Jurutera Awam dimasa hadapan iaitu dengan adanya kekuatan modal insan yang tinggi iaitu gabungan antara kompetensi, sikap dan budaya yang baik nescaya permasalahan mengenai ketepatan masa, kos dan kualiti dalam pengurusan projek yang menjadi kritikan hebat oleh stakeholders dapat diperbaiki.

Selain itu juga, pada keadaan lain iaitu dalam pertemuan KSU dan KSN ada dinyatakan secara khusus antara lain bahawa JKR perlu berubah dan memberi perhatian serius terhadap busines teras yang bersangkutan dengan produk JKR.

Pendekatan melalui media sosial perlu dipertingkatkan dengan mengwar-warkan kejayaan projek kita yang telah diserahkan kepada pelanggan terutama melalui tweeter. Di samping itu juga budaya kerja Cepat,Tepat, Integriti,Produktiviti, Inovatif dan kreativiti perlu diterapkan oleh warga JKR.  

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato'Sri Ir.Dr.Roslan bin Md Taha, TKPKR (Infra) yang menanggung tugas Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Antara Intipati ucapan KPKR;

Mengikut sejarah, asas penubuhan JKR bermula dgn kejuruteraan awam. Dari awal penubuhan JKR telah memainkan peranan yang signifikan dalam penyediaan infrastruktur; jalanraya dan juga keretapi.Landskap industri pembangunan terus maju dan JKR dipertanggungjawab untuk menerajui pembangunan negara dari pembinaan yang ikonik seperti Masjid Negara, Bangunan Parlimen, JRTB, KLIA. JKR adalah tulang belakang kepada pembangunan infrastuktur dan prasarana utama negara dari dahulu sehingga kini.

Namun begitu, warga JKR tidak boleh terlalu khayal dan alpa dengan nama harum semerbak dek kejayaan di masa lampau yang dilakarkan oleh insan terdahulu hingga lupa cabaran masa kini dan mendatang. Begitu juga JKR sejak akhir-akhir ini, imej telah tercalar hebat akibat beberapa isu yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat. Beberapa isu negatif yang terpapar di dada akhbar, di kaca televisyen dan media sosial telah dipaparkan akibat dari kelemahan JKR di dalam pelaksanaan beberapa projek ikonik serta pengurusan penyelenggaraan fasiliti. Kritikan seumpama ini yang kadangkala hanya berdasarkan persepsi sahaja secara perlahan-lahan telah menenggelamkan kredibiliti JKR sehingga timbul usaha mewujudkan satu lagi Agensi Pelaksana Teknikal tetapi di bawah pengurusan agensi kerajaan yang lain untuk bersaing dengan JKR.

Mendepani cabaran, harapan rakyat dan keperluan pembangunan negara era terkini, Jurutera Awam JKR perlu berubah dengan memberi nilai tambah dalam aspek perancangan, rekabentuk, pengurusan projek, penyelenggaraan dan khidmat nasihat teknikal. Nilai tambah yang dapat memberi kesan kepada bajet pembangunan, menjimatkan senggaraan, penggunaan ruang tanah yang efektif, rekabentuk struktur dan infrastruktur yang berfungsi dan low maintenance tanpa menjejaskan fungsi serta kebolehgunaan projek-projek JKR tersebut.   

JKR mempunyai 3,800 kakitangan professional tetapi masih menghadapi masaalah dan gagal diterjemah dalam bentuk pencapaian hasil dan kualiti.Ini dapat diterjemahkan dengan membuat perbandingan antara RMK9 dan RMK10, walaupun beban kewangan JKR telah berkurangan sebanyak 40%, masalah kegagalan projek siap dan projek lewat siap masih juga berlaku.

JKR telah mengenalpasti beberapa inisiatif strategik dengan mewujudkan Pelan Operasi JKR di dalam RMK11.Pelan ini melibatkan lima (5) inisiatif utama iaitu Pemantauan Projek, Libaturus Stakeholder, Penggunaan Pre Approved Plan (PAP) dan Menambah Baik Proses Kerja.

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR, atau Centre of Excellence For Engineering and Technology (CREaTE) di Alor Gajah, Melaka telah siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada JKR pada 26hb Ogos 2016.CREaTE ini diwujudkan bukan sahaja berperanan sebagai pusat latihan dan pembelajaran tetapi turut memainkan peranan penting sebagai pusat kecemerlangan teknologi bagi pensijilan dan akreditasi kejuruteraan, pusat penyelidikan (R&D) kejuruteraan dan pembangunan inovasi serta menyediakan makmal-makmal kejuruteraan.
Pusat kecemerlangan ini turut bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan melaksanakan latihan dan pembangunan warga JKR.

Majlis dihentikan sebentar untuk acara bergambar dan bersambung semula jam 10.30 pagi dengan Pembentangan Pelaporan Status Jurutera Awam JKR oleh YBrs.  Ir. Muhammad Azman Jamrus.


Sebanyak 5 sesi taklimat telah diadakan iaitu:

1) Pelan Transformasi JKR oleh YBrs.Ir. Sheikh Ismail Sheikh Salleh, KPPK,CDPK
2) Persepsi Luar Terhadap Projek Laksana JKR-Menangani Kelemahan Pengurusan Projek oleh YBrs.Tn.Hj.Wan Ahmad Shukiman Wan Jaafar, Pejabat TKPKR Sektor Infra.
3) Project Risk: What Should We Do,Have We Learnt & The Way Forward oleh YBrs.Ir.Hj.Yaakob Abd Latiff, KPPK,CPAB
4) Insan Sebagai Aset: Memacu Transformasi JKR oleh YBrs.Ir.Waznah Abd Aziz, KPP, CDPK
5) Prestasi Projek JKR dalam RMKe10 oleh YBrs.Tn.Hj.Roslan Abd Ghani, CPAB

Pada sebelah malam telah diadakan sesi bengkel dan hasil dari bengkel ini akan dibentangkan pada sesi terakhir Mesyuarat Jurutera Awam ini.