Date: Selasa, Januari 16, 2024

Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) telah dikuatkuasakan melalui Surat Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya (SAKPKR) Bil. 16/2023 bertarikh 28 Ogos 2023 dan terpakai untuk semua projek hospital dan fasiliti kesihatan  yang ditender mulai 1 Januari 2024  dan bernilai melebihi RM10 juta.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan mengadakan satu Program Webinar Penguatkuasaan Sijil SKKK bagi meningkatkan pendedahan dan kepentingan SKKK merupakan syarat tambahan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada Kontraktor G7 yang mempunyai kod pengkhususan B29 dan minimum penarafan 3 bintang  yang ingin menyertai tender kerja bagi projek fasiliti kesihatan. Program Webinar ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh                         :           5 Februari 2024 (Isnin)
Masa                          :           9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat                       :           Secara Maya (Webex)
Aturcara                     :           Rujuk Lampiran Poster
Mata CCD                 :           Disediakan  & Sijil Kehadiran 
Penyertaan               :           Terbuka kepada Kontraktor G7 (Kod Pengkhususan B29)

Pendaftaran adalah dibuka dari 15 hingga 22 Januari 2024. Untuk pendaftaran kursus, sila imbas QR Code yang tertera di bawah:

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi kami di:

Emel: skkk [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

No telefon: 03-2618 9283/9212

Justeru itu, YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas dijemput untuk menyertai program tersebut.