Date: Selasa, November 7, 2023

Kementerian Kerja Raya telah menerima pelawaan Kerajaan Russia untuk menamakan 4 orang pegawai JKR dan seorang ahli Pertubuhan BIM Malaysia bagi mewakili negara dalam pertandingan Building Information Modelling (BIM) III World Construction Championship Russia 2023 yang diadakan pada 17-22 Oktober 2023, secara atas talian dan fizikal di EXPOFORUM Congress and Exhibition Centre, Saint Petersburg, Russia.

Berikut adalah para peserta yang telah mengikuti pertandingan di atas yang diadakan pada 20-21/10/2023:

Kategori BIM (Secara fizikal)

1. Ir Ts Mohd Faiz bin Shapiai (JKR Malaysia)

2. Muhammad Iyas bin Mahzan (Pertubuhan BIM Malaysia)

Kategori BIM Specialist (Secara Atas Talian)

3. Ir Mohd Syukri bin Bukhari (JKR Malaysia)

4. Muhammad Nazmi bin Mat Na’ain (JKR Malaysia)

5. Ruzaireen binti Kamaruzaman (JKR Malaysia)

russia

russia

Secara umumnya, para peserta diberi tugasan untuk mengurus penggunaan BIM berdasarkan Use Cases dan mendapatkan output hasil daripada Use Cases tersebut. Selain itu, para peserta juga perlu membangunkan EIR dan BIM Execution Plan berdasarkan Use Cases serta perlu menyelesaikan isu koordinasi model yang telah diberikan.

russia

russia

russia

Antara cabaran utama dalam menyertai pertandingan ini adalah dari aspek:

a. Bahasa dan Komunikasi - Soalan, perisian dan rujukan menggunakan bahasa Russia;

b. Dokumen Rujukan - Rujukan utama adalah menggunakan garis panduan tempatan dan juga Smart Building Guide;

c. Perisian - Perisian lain perlu digunakan seperti Solibri bagi tujuan koordinasi model; dan

d. Format Pertandingan - Kesukaran memahami kaedah dan format pertandingan dengan jelas memandangkan soalan dan penerangan perlu diterjemahkan satu persatu secara langsung ke dalam bahasa inggeris.

Meskipun menghadapi cabaran di atas, para peserta tetap berjaya menjawab dan menyelesaikan soalan-soalan yang telah diberikan. Penyertaan ini memberikan pengalaman berharga kepada pihak JKR Malaysia kerana selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, ia juga turut memberi pendedahan tentang kaedah dan penanda aras pelaksanaan BIM di luar negara. Syabas diucapkan kepada para peserta.

russia

russia