Date: Isnin, Ogos 20, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara one-off bagi pegawai yang telah berada di gred kenaikan pangkat pada tarikh berkuatkuasa pertukaran pelantikan skim perkhidmatan yang dinaiktaraf seperti berikut;

a) Operator Loji Gred H14
b) Pemandu Kenderaan Gred H14
c) Penghantar Notis Gred N14
d) Pembantu Operasi Gred N14
e) Pembantu Awam Gred N14

Sila klik di link berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan iklan tersebut;

1) Iklan Kenaikan Pangkat One-Off
2) Borang Kenaikan Pangkat One-Off

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 31 Ogos 2018.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan kenaikan pangkat tersebut, sila hubungi pegawai-pegawai seperti dinyatakan di bawah;

1) Cik Marzatul Akmar binti Mohd Nor (03-2771 4929)
2) Cik Nor Fazilah binti Shaharuddin (03-2771 4983)