Date: Selasa, March 4, 2025

Untuk makluman, JKR Malaysia melalui Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) telah membangunkan spesifikasi untuk lampu jalan solar LED. Sistem lampu jalan solar LED ialah sistem pencahayaan luaran yang kini telah mula digunakan di beberapa lokasi jalan raya seliaan jabatan.

Komponen asas sistem ini terdiri daripada LED luminaire, Solar Photovoltaic (PV) Module, Battery, Solar Charge Controller dan Lighting Column.  Komponen Solar PV Module yang digunakan akan menjana tenaga elektrik untuk pengecasan bateri pada waktu siang, dan tenaga yang disimpan oleh bateri akan digunakan semula untuk menghidupkan lampu LED pada waktu malam.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ini, sila hubungi Unit Pensijilan Bahan dan Standard, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat