Date: Selasa, Oktober 29, 2019

International Seminar : Digital Engineering - Expanding BIM for Infrastructure 4.0 telah diadakan pada 25 Oktober 2019 di MyBIM Centre CIDB Menara Sunway Putra Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 30 peserta daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Kertas pembentangan mengenai penggunaan teknologi digital dalam industri pembinaan dan kejuruteraan telah disampaikan oleh Mr. Ario Susanto (Clough), Mr. Dale Harrison (Jacobs), Mr. Shaun Miller (Parametric) dan Mr. Carl Faulkner (iConstruct) yang merupakan pengamal BIM di Australia.

Tajuk kertas pembentangan adalah seperti berikut:

  1. Digital Engineering in Complex Infrastructure Projects oleh Mr. Ario Susanto
  2. Case Studies and Lessons Learnt in Global Digital Engineering Practices oleh Mr. Dale Harrison
  3. Global Trends on Collaborative Delivery of Infrastructure Projects oleh Mr. Shaun Miller
  4. Current Development in Digital Engineering Technology oleh Mr. Carl Faulkner 

Seminar diakhiri dengan sesi perbincangan panel yang disertai oleh ketiga-tiga penceramah, Dr Ahmad Tarmizi bin Haron (Pensyarah Universiti Malaysia Pahang merangkap Subject Matter Expert BIM CIDB) dan Encik Muhammad Khairi bin Sulaiman (Ketua Unit BIM BPPK CPAB).

Melalui program ini, para peserta telah mendapat pendedahan tentang perkembangan penggunaan teknologi digital BIM dalam industri pembinaan dan kejuruteraan di Australia.

Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur IPJKR Malaysia, Ir Hj Mohamad Zulkefly bin Sulaiman berkenan menyampaikan cenderahati kepada para penceramah dan panel perbincangan.