Date: Khamis, April 27, 2017
27 APRIL 2017 - YB Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah merasmikan "International Seminar Natural Rubber In Roads" yang dianjurkan bersama oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi, Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dan Road Engineering Association Malaysia (REAM).
 
Turut mengiringi beliau adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Presiden REAM serta dif-dif kehormat yang lain. YB Datuk turut melawat gerai-gerai pameran yang disediakan oleh penggiat industri berkaitan.
 
Seminar yang julung kali diadakan ini bertujuan sebagai platform untuk membentangkan hasil penyelidikan, berbincang dan bertukar-tukar idea mengenai teknologi terkini dan inovatif berkaitan penggunaan getah asli untuk pembinaan jalan raya. Hari pertama seminar telah menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh 7 penceramah dari dalam dan luar negara:
 
1. Advantages And Disadvantages Of Rubberised Asphalt When Used As Road Surfacing Material - Mr. Michel Lenfant, Kemaman Bitumen Company, Malaysia;
 
2. A Brief History Of Bitumen Modification And The Important Role Of Modified Bitumen In The 21st Century - Dr. Richard Taylor, Global Technical Development Manager, Shell International Petroleum Company Limited;
 
3. Use Of Natural Rubber Modified Bitumen For Road Construction: The Indian Experience - James Jacob, Director of Rubber Research Institute of India;
 
4. Shell Thailand Experience On Hot And Cold Applied Natural Rubber Modified Bitumen (NRMB) In Thailand - Dr. Chakkrit Sirimaitrie, Application Advisor, The Shell Company of Thailand Limited;
 
5. Natural Rubber Modified Asphalt: Malaysian Experience, 1950 - 2016 - Mr. Mohd Hizam Harun, Head of Road Research Laboratory, CREaTE, Public Works Department Malaysia;
 
6. Lesson Learned On Natural Rubber Modified Asphalt Concrete From Thailand Practices And Experience - Mr. Promma Tepsriha, Director of Bituminous Surface Branch, Ministry of Transport Thailand; dan
 
7. Rubberised Bitumen Based Natural Rubber – An Innovative And Sustainable Technology For Road Pavements - Dr. Mazlina Mustafa Kamal, Program Head of High Value Added Nano Structured Material, Malaysian Rubber Board.
 
Seminar akan disambung pada hari esok dengan 4 lagi pembentangan kertas kerja,dan disusuli dengan majlis penutup seminar pada jam 12 tengahari. Semoga pengisian bermanfaat ini akan membuahkan output dan outcome yang diharapkan, dalam menyokong aspirasi negara ke arah pertumbuhan industri getah dan pembinaan jalanraya yang lebih mampan dan kukuh.