Date: Khamis, Jun 3, 2021

Satu Sesi Amanat YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia berkenaan Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah JKR (Competency Based Assessment System, CBAS) Sesi 1/2021 telah berlangsung pada 31 Mei 2021 jam 1.00 petang secara maya (Google Meet).  Sesi Amanat YBhg. Dato’ KPKR kepada calon dan Assessor Bertauliah Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah JKR bertujuan untuk menyampaikan hasrat YBhg. Dato’ KPKR bagi memastikan kejayaan pencapaian sasaran Pengurus Projek Bertauliah JKR dan seterusnya memantapkan lagi kompetensi pengurus projek di JKR.

Berikut ialah intipati amanat tersebut untuk informasi warga Jabatan Kerja Raya.

 

INTIPATI AMANAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA BAGI PROGRAM PENSIJILAN PENGURUS PROJEK BERTAULIAH JKR (COMPETENCY BASED ASSESSMENT SYSTEM, CBAS) SESI 1/2021

YBhg. Dato’ KPKR mengucapkan terima kasih kepada semua Assessor Bertauliah dan calon CBAS sesi 2021 yang dapat meluangkan masa dalam sesi tersebut. YBhg. Dato’ KPKR juga mengucapkan tahniah kepada calon yang telah terpilih untuk mengikuti Program CBAS Sesi 1/2021 yang mana sedang berjalan sekarang.

 

OBJEKTIF PROGRAM CBAS

Program CBAS dilaksanakan untuk:

  1. Menilai kompetensi calon berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dalam pelaksanaan pengurusan projek;
  2. Menggalakkan Amalan Terbaik Pengurusan Projek iaitu melalui pelaksanaan pengurusan projek yang lebih sistematik dan berstruktur;
  3. Meningkatkan kompetensi pengurus dan pasukan projek di setiap peringkat JKR;
  4. Meningkatkan keupayaan pengurusan projek; dan
  5. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan responsif bagi memenuhi  kehendak dan harapan pelanggan.

PEMILIHAN CALON CBAS 2021

  1. Berdasarkan kepada penempatan dan peranan calon dalam pelaksanaan pengurusan atau pemantauan projek, sama ada sebagai Head Of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT), Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), Pasukan Projek Khas 1 (PPK2), Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN) dan Unit Projek Khas Jalan (UPKJ), Cawangan Jalan;
  2. Selaras dengan hasrat jabatan untuk meningkatkan kompetensi pegawai JKR khususnya dalam bidang pengurusan projek; dan
  3. Pihak jabatan juga telah menetapkan sasaran calon seramai 150 orang tahun ini untuk ditauliahkan sebagai Pengurus Projek Bertauliah JKR;

PELAKSANAAN PROGRAM CBAS

  1. Program CBAS adalah bercorak coaching untuk memberi bimbingan kepada calon berkenaan prinsip dan pemahaman kepada bidang pengetahuan dalam pengurusan projek;
  2. Program CBAS adalah ‘candidate driven’ di mana calon perlu sentiasa berhubung dan berbincang dengan Assessor Bertauliah bagi memenuhi syarat penilaian pensijilan yang ditetapkan dalam piawaian CBAS (JKR Project Management Competency Standard);
  3. Setiap calon perlu melalui beberapa siri penilaian bersama seorang Assessor Bertauliah. Kaedah penilaian adalah secara Competency Based Assessment System (CBAS); dan
  4. Penilaian dibuat berdasarkan kepada keupayaan calon dari aspek pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif mengikut tahap pensijilan yang telah ditetapkan.

SARANAN DAN HARAPAN KPKR

  1. Calon CBAS perlu memberikan komitmen yang sewajarnya di sepanjang tempoh program ini dijalankan dan melengkapkan program ini dalam tempoh yang ditetapkan;
  2. Selaras dengan amalan dan norma baru pandemik Covid-19, semua calon dan Assessor Bertauliah digalakkan menjalankan sesi perbincangan dan penilaian secara maya;
  3. Di samping kesibukan tugasan hakiki masing-masing, setiap calon perlu bijak meluangkan masa dan mengatur pengurusan masa bagi memastikan sesi penilaian dapat dijalankan mengikut jadual;
  4. Calon CBAS tidak dibenarkan memohon lanjutan masa atau pengecualian daripada mengikuti program ini.  YBhg. Dato’ KPKR akan memantau sendiri perjalanan program ini melalui pelaporan yang dikemukakan oleh pihak CPAB;
  5. Semua pihak iaitu setiap calon, Assessor Bertauliah dan CPAB selaku urusetia program perlu berusaha bersama-sama bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan;
  6. YBhg. Dato’ KPKR  berharap agar program ini berjalan lancar dan seterusnya hasrat jabatan untuk melahirkan lebih ramai Pengurus Projek Bertauliah JKR dapat dicapai; dan
  7. YBhg. Dato’ KPKR juga berharap agar kejayaan program CBAS dapat memantapkan lagi kompetensi pengurus projek di JKR dan strategi untuk menempatkan pengurus projek bersesuaian dengan kepakaran dan kompetensi yang dimiliki (the right people at the right place) dapat dibuat.

Sila klik pautan dibawah untuk melihat Amanat KPKR dan Calon Assessor Bertauliah:

AMANAT KPKR KPD CALON & ASSESSOR BERTAULIAH pdf