Date: Isnin, Februari 10, 2025

Majlis Anugerah Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2025 telah berlangsung pada 7 Februari 2025 (Jumaat) dan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Seksyen Pemantauan dan Penilaian (P5), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Ketua Menteri Melaka telah dilantik sebagai Urus Setia Majlis Anugerah ini.

Majlis yang diadakan secara dwi tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf komitmen warga kerja jabatan dan agensi dalam membudayakan pengurusan projek yang baik. Ia juga merupakan platform Kerajaan Negeri dalam memantau rapat jabatan dan agensi dalam tadbir urus sesuatu projek atau program pembangunan dari segi akauntabiliti, integriti, manfaat kepada rakyat, ekspektasi stakeholders, kecekapan sistem penyampaian, serta transformasi strategik selain pengurusan nilai peruntukan perbelanjaan.

Penganjuran pada kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 16 buah projek melibatkan 11 jabatan dan agensi di negeri Melaka. Kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Pengurusan Amalan Projek Terbaik dan kategori Anugerah Kajian Penilaian Outcome Terbaik menerusi Kluster Sistem, Kluster Infrastruktur dan Reruai Pameran Terbaik.

JKR Daerah Alor Gajah telah memenangi Johan bagi Kategori Anugerah Pengurusan Amalan Projek Terbaik (Projek Melebihi RM 300,000) menerusi Projek Pembinaan Sekolah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Durian Daun, Masjid Tanah dan membawa pulang RM 7,000 beserta sijil dan trofi.

YBrs. Ir. Hj. Mohamad Salzeli bin Moktar, Pengarah JKR Negeri Melaka dan Ir. Mohd Haidir bin Haron, Jurutera Daerah Alor Gajah serta pasukan Projek Unit Bangunan JKR Alor Gajah telah menghadiri dan menerima penganugerahan tersebut. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada JKR Melaka atas kejayaan ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat