Date: Selasa, Julai 11, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan SEMINAR PENGURUSAN FASILITI JKR 2017 dengan tema “KE ARAH KEBERKESANAN KONTRAK PENGURUSAN FASILITI JKR” bagi memberi pendedahan berkenaan dengan Kontrak Pengurusan Fasiliti (FM) dan pelaksanaannya kepada kakitangan JKR. Seminar ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2016 yang telah diadakan di Sasana Kijang pada 12 & 13 Oktober 2016. Sasaran peserta terdiri daripada kakitangan JKR di seluruh Malaysia termasuk daripada Ibu Pejabat, JKR Negeri, Daerah dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan fasiliti kerajaan.

Antara objektif seminar adalah :-

  • Memberi kefahaman kepada pendekatan baru dalam pelaksanaan Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan JKR.
  • Memberi kesedaran terhadap kepentingan penggunaan eSPFB dan lesson learnt yang berkaitan.
  • Memberi pendedahan terhadap pelaksanaan pendaftaran kontraktor fasiliti oleh CIDB.

Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan serta para pegawai yang berminat untuk menghadiri seminar yang akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh   : 18 Julai 2017 (SELASA)

Masa    : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Azman Hashim, Menara Razak, UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pn. Rozia Hanim dan Pn. Masdiana di talian 03 2610 8538 / 7613 atau email Rozia.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail)) / Masidana.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail)).