Date: Rabu, Ogos 29, 2018

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu akan menganjurkan Seminar Proactive Maintainance pada 4 dan 5 September 2018 di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan amalan penyenggaraan proaktif di peringkat perancangan dan rekabentuk kepada Pasukan Projek dan Pasukan Perekabentuk projek-projek JKR bagi memastikan rekabentuk JKR mengambilkira rekabentuk kebolehsenggaraan dan amalan terbaik penyenggaraan proaktif ke arah pewujudan aset berprestasi tinggi.

Sasaran peserta bagi seminar ini adalah seramai 170 orang terdiri daripada Pasukan Projek (HOPT) dan Pasukan Perekabentuk (HODT) projek-projek JKR. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar ini Yang Berbahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urusetia jemputan sebagaimana berikut:-

 

Bil.

 

Nama

No. Telefon

1.

Pn. Hazizah Binti Md. Nasir

03 – 2610 8282

2.

Pn. Rozia Hanim Binti Mohd Daim

03 – 2610 8538

3.

Nor Husna Binti Mokhtar

03 – 2610 8119

4.

Pn. Masdiana Binti Kamarudin

03 - 2610 7613

 

Sekian, terima kasih.