Date: Isnin, Oktober 25, 2021

Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal pada 27 Oktober 2021 secara dalam talian. Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dijemput untuk menyertai Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal pada 27 Oktober 2021 (Rabu)  jam 12.15 tengah hari;  melalui You Tube Live CREaTE JKR atau melalui pautan berikut:

    https://www.youtube.com/c/CREaTEJKR (link is external)

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.