Date: Jumaat, November 12, 2021

Sukacita dimaklumkan AKRAB JKR dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) akan mengadakan siri ke 2 AKRAB Talk yang akan menemubual YBhg. Dato' Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat mengenai isu Bekerja Dari Rumah: Peranan Penjawat Awam. Bersesuaian dengan norma baharu pada ketika ini yang membenarkan penjawat awam bekerja dari rumah, perkongsian ilmu ini akan memberi penjelasan berkenaan prosedur yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam apabila mendapat kebenaran bekerja dari rumah. 

Sesi ini akan disiarkan secara live streaming sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh

:

16 November  2021 (Selasa)

Masa

:

10.00 – 11.00 pagi

Tajuk

:

AKRAB Talk Siri 2: ‘BEKERJA DARI RUMAH : PERANAN PENJAWAT AWAM’

Platform

:

Facebook AKRAB JKR MALAYSIA (https://www.facebook.com/akrabjkr/ (link is external))

(Peserta layak mendapat 1 Jam Berkursus)

Pendaftaran: Pautan (link) pendaftaran akan dibuka pada jam 9.50 pagi sebelum sesi bermula dan akan ditutup selepas jam 10.10 pagi. 

Penilaian: Pautan (link) bagi pengisian Borang Penilaian Program akan di berikan pada jam 10.30 pagi dan akan ditutup selepas jam 11.00 pagi. 

Sijil Penyertaan: akan dihantar melalui e-mel terus kepada peserta selepas selesai menjawab Borang Penilaian program.

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan untuk membuat hebahan mengenai Program AKRAB TALK dan poster program ini ke cawangan dan JKR Negeri masing-masing. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan turut dimohon untuk memberi kebenaran akses rangkaian kepada warga cawangan dan JKR Negeri untuk melayari Facebook AKRAB JKR MALAYSIA semasa program berlangsung.

Sokongan dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.