Date: Jumaat, Julai 29, 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CREaTE ELECTRICAL ENGINEERING WEBINAR 2022 (CEEW 2022)

Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program CREaTE Electrical Engineering Webinar 2022 (CEEW 2022). 

Program webinar yang bertemakan Towards Sustainable Electrical Safetyini adalah merupakan salah satu inisiaitif CREaTE dalam memperkasakan kompetensi pegawai JKR dan untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga jabatan.

Program CEEW 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                         : 11 Ogos 2022 (Khamis)

Masa                          : 9.30 – 12.15 tengah hari

Tempat                       : Secara atas talian (Google Meet)

                                      https://meet.google.com/xhg-iper-kei

                                     

Pembentangan        : 1) Prof. Ir. Dr. Normiza binti Mohamad Nor

Tajuk: Characteristic of Grounding Systems under Impulse Conditions

               2) Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin bin Ab. Kadir

                  Tajuk: Lightning Risk Assessment as per IEC 62305-2

 

Program ini akan diadakan secara atas talian (online) di mana seramai dua (2) pembentang akan berkongsi informasi dan pengalaman menggunakan platform Google Meet. Program webinar ini boleh disertai dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Sijil penyertaan akan diberikan dengan dua (2) mata Continuing Professional Development (CPD) daripada Lembaga Jurutera Malaysia (LJM). Tempat penyertaan webinar ini adalah terhad.

Bersama ini disertakan poster program CEEW 2022 untuk perhatian dan makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

           ”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

            ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

URUS SETIA

Program CREaTE Electrical Engineering Webinar 2022 (CEEW 2022)

MPE, BIPPK

JKR CREaTE