Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF2023) seperti ketetapan berikut:
Tarikh | : | 5 dan 6 September 2023 (Selasa dan Rabu) |
Masa | : | 8.00 pagi hingga 5.00 petang |
Tempat | : | Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia Jalan Kemus, Simpang Ampat 78000 Alor Gajah, Melaka |
Sasaran Peserta | : | Jurutera pelbagai disiplin kejuruteraan, Ahli Akademik, Perunding, Kontraktor, Pemain Industri
|
Yuran Penyertaan | : | Agensi Kerajaan : RM 400.00 Agensi Swasta : RM 800.00
|
Tarikh Tutup Penyertaan | : | 21 Julai 2023 |
Program yang bertemakan “Enhancing Reliability of Forensic Engineering for Safer Society” ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan pakar-pakar di dalam Kejuruteraan Forensik, dari dalam dan luar negara, khususnya untuk menyokong pembangunan kompetensi forensik dalam menguruskan permasalahan yang timbul akibat kegagalan sesuatu struktur atau sistem, serta memberi pendedahan kepada teknologi terkini yang boleh digunakan dalam penyiasatan forensik.
Sehubungan dengan itu, CREaTE berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri program seperti yang dinyatakan di atas.
Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat secara atas talian pada pautanpendaftaran http://shorturl.at/asGIK (link is external) atau imbas pada QR CODE di bawah selewat-lewatnya pada 21 Julai 2023.
Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, bayaran yuran penyertaan boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:
- Bayaran secara wang pos
- Bank draf
- Secara Pesanan Tempatan (Local Order)
Bayaran secara wang pos dan bank draf hendaklah dibuat atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MELAKA-T, nama bank : Hong Leong Islamic Bank, dan diserahkan kepada pihak urus setia seminar pada hari program berlangsung.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan seminar ini, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut:
Nama | E-mel | No. Telefon |
Puan Zainun binti Tamby | zainunt [at] jkr.gov.my | 06-551 2306 |
Ir. Nor Azian binti Aziz | NorazianA [at] jkr.gov.my | 06-551 2318 |
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING (ISoF2023)
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
NO TEL: 06 - 551 2318 / 2321 / 2315
- 944 bacaan