Date: Selasa, Oktober 3, 2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan mengadakan Seminar Kelestarian 2023 yang akan membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi lestari daripada perekacipta/penyelidik Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak agensi lain dan pemain industri. Seminar Kelestarian 2023 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Seminar Kelestarian

 

Program

:

Seminar Kelestarian 2023

Tarikh (Hari)

:

5 Oktober 2023 (Khamis)

Masa

:

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat  

:

Secara atas talian

Mata Kredit CPD

:

Telah Dimohon

Pautan Pendaftaran

:

qr

https://forms.gle/GbfoWXvzNpaX2xm67 (link is external)

 

Program Seminar Kelestarian 2023 yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam penyelidikan dan penghasilan inovasi bercirikan kelestarian yang dapat memberikan pendedahan kepada warga JKR dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan dari aspek pembangunan kelestarian. Program ini terbuka kepada semua kakitangan JKR.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk menghadiri program ini dijemput untuk melengkapkan borang pendaftaran di pautan yang disertakan. Pautan akan diemelkan kepada para peserta selewat-lewatnya sehari sebelum program berlangsung.

Untuk makluman, para peserta yang menghadiri program ini akan menerima sijil penyertaan digital (e-sijil) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program Seminar Kelestarian 2023.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program, tuan boleh menghubungi pegawai penyelaras seperti di bawah:

Nama Penyelaras dan
No Tel Pejabat

Masyitah bintl Abd Aziz (masyitah [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)))

06-551 2369

Nama Penyelaras dan
No Tel Pejabat

Wan Nurhani binti W.Husin (wnurhani [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)))

 06-551 2336

 

Kerjasama tuan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.