Date: Rabu, September 11, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) akan mengadakan “Seminar on Sustainable Infrastructure” pada 19hb September 2019 bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.

Tujuan utama “Seminar on Sustainable Infrastructure” ini diadakan adalah untuk menghebahkan kemajuan teknologi terkini ke arah pembangunan mampan dalam bidang turapan jalan, struktur asas jalan, terowong, serta perlindungan dan penyenggaraan cerun. Sila rujuk yang disertakan untuk kandungan dan aturcara seminar.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan kakitangan JKR Malaysia serta pihak pemain industri pembinaan dan penyenggaraan jalan raya adalah dijemput untuk menyertai seminar ini.

Pada sesi akhir seminar ini, para peserta turut dijemput untuk memeriahkan Majlis Pra Pelancaran Pavilion Malaysia sempena Persidangan Jalan Sedunia ke-26 Abu Dhabi, yang akan dirasmikan oleh YB Baru Bian, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Para peserta dikehendaki melengkapkan borang yang dilampirkan, dan dikemukakan ke pihak Urusetia REAM untuk pendaftaran. Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini bolehlah menghubungi pegawai berikut:

i)         Pn. Nur Izira binti Mohmad Azli (Pendaftaran)           
           Tel: 03 5513 6521/2
           Fax: 03-5513 6523
           e-mel: nurizira [at] ream.org.my ( (link sends e-mail))


Sila klik untuk muat turun borang permohonan

 

Disediakan :

 

JAWATANKUASA PENGANJUR

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)