Date: Jumaat, Oktober 11, 2019

Sukacita dimaklumkan The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan satu program lawatan teknikal ke Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT54 dari Sg.Buloh ke Assam Jawa, Kuala Selangor pada 24 Oktober 2019 (Khamis). Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20.00 sahaja dan pengangkutan akan disediakan.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sekiranya berminat, pendaftaran boleh dibuat sebelum 18 Oktober 2019 secara atas talian di pautan https://forms.gle/f7AVXJLAfABEJ9Qu8 (link is external)Tempat adalah terhad kepada 20 orang terawal sahaja.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program di atas, sila hubungi Sekretariat melalui emel secretariat [at] mapma.org.my ( (link sends e-mail)) atau normalasuzi [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)).