Date: Rabu, Januari 29, 2020

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 3rd. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2020

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 3rd. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR pada 24 dan 25 Ogos 2020 di Dewan CREaTE. Tema 3rd. JKRRC ialah ”Penyelidikan dan Inovasi Teras Pemerkasaan Kejuruteraan”.

Sempena 3rd. JKRRC tersebut, lima (5) kategori anugerah akan dipertandingkan seperti berikut:

  1. Persembahan Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
  2. Manuskrip/artikel Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
  3. Poster Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
  4. Penyelidik Terbaik
  5. Penyelidik Harapan

Pemenang anugerah akan membawa pulang sijil dan hadiah wang tunai.

Sehubungan itu, Urus Setia dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menyertai program ini sebagai pembentang hasil kajian dan/atau pempamer poster dapatan kajian semasa program tersebut berlangsung.

Permohonan penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster boleh dibuat secara atas talian (google form) di http://bit.ly/2GwmEeZ-BORANGPENGESAHANPEMBENTANG (link is external) . Tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 Februari 2020.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Urus Setia Program 3rd. JKRRC, Dr. Nurul Ain binti Abd Wahab di talian 06 551 2372 atau emel nurul_ain [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)).

 

Sekian terima kasih.