KLIK LINK INI (link is external) UNTUK MENGISI BORANG PENYERTAAN
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 3rd. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) pada 25 dan 26 Ogos 2021 sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan daripada kalangan Insitusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.
Di antara objektif JKRRC ialah perkongsian dapatan kajian oleh penyelidik JKR dan rakan kolaboratif JKR, serta penyediaan platform untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan. Tema bagi 3rd. JKRRC ini adalah ”Penyelidikan dan Inovasi Teras Pemerkasaan Kejuruteraan”.
Justeru, penyelidik di Cawangan/Negeri tuan dijemput untuk menghantar penyertaan bagi oral presentation dan/
Untuk tujuan penyertaan, penyelidik diminta untuk mengisi borang penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster secara atas talian (google form) di LINK INI (link is external) atau secara manual dengan melengkapkan Lampiran A dan mengambil maklum akan tarikh-tarikh penting seperti berikut:
Tarikh akhir mengemukakan borang penyertaan: 1 Februari 2021
Tarikh akhir mengemukakan abstrak : 19 Mac 2021
Tarikh akhir mengemukakan manuskrip : 28 Mei 2021
Tarikh akhir mengemukakan poster : 28 Mei 2021
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh menghubungi urus setia program 3rd. JKRRC seperti di bawah:
Dr. Nurul Ain binti Abd Wahab – 06 551 2322
Ir. Hasrul Nizam bin Hashim – 06 551 2372
Ernisha binti Abdul Karim – 06 551 2324
Bahagian Pengurusan Korporat
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE)
- 1095 bacaan