YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 5th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2023
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 5th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 8 dan 9 Ogos 2023 sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR di Dewan Utama CREaTE.
Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Insitusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri. Tema bagi 5th. JKRRC ini adalah "Penyelidikan Berinovasi, Aspirasi Kecemerlangan Teknologi".
Sempena 5th. JKRRC 2023 tersebut, lima (5) kategori anugerah akan dipertandingkan seperti berikut:
- Persembahan Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
- Manuskrip/artikel Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
- Poster Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
- Penyelidik Terbaik
- Penyelidik Harapan
Pemenang anugerah akan membawa pulang sijil dan hadiah wang tunai.
Sehubungan itu, Urus Setia dengan berbesar hati menjemput tuan untuk menyertai program ini sebagai pembentang kertas penyelidikan dan/atau pempamer poster penyelidikan semasa program tersebut berlangsung.
Permohonan penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster boleh dibuat secara atas talian (google form) di https://forms.gle/igjAGPwEHJ8jm71a7 (link is external). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Februari 2023 (Rabu).
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program 5th. JKRRC ini, tuan boleh menghubungi urus setia seperti butiran di bawah:
Ir. Ayu Sazrina binti Sabari – 06 551 2220
Dr. Nurul Ain binti Abd Wahab – 06 551 2322
YM. Tengku Muhammad Ibrahim Salahuddin bin Tengku Ahmad – 06 551 2372
Pn. Ernisha binti Abdul Karim – 06 551 2324
Kerjasama tuan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.
Sekian terima kasih.
- 1230 bacaan