Date: Isnin, Januari 8, 2024

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 6th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 13 dan 14 Ogos 2024 sebagai satu usaha untuk mempromosikan budaya penyelidikan dalam kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.

Objektif utama penganjuran 6th. JKRRC ialah perkongsian dapatan kajian oleh penyelidik JKR dan rakan kolaboratif JKR, serta penyediaan platform untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan. Tema bagi 6th. JKRRC ini adalah "Sustainable Infrastructure through Innovative Research".

Justeru itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan/atau pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput untuk menghantar penyertaan bagi oral presentation dan/atau poster dapatan kajian untuk dipamerkan semasa program ini berlangsung.

Untuk tujuan penyertaan, penyelidik diminta untuk mengisi borang penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster secara atas talian (google form) di https://forms.gle/QPcUD2C4GghMcTku6 (link is external) atau QR kod, seperti di Lampiran B, dan mengambil maklum akan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

 

Tarikh akhir mengemukakan borang penyertaan           : 9 Februari 2024 (Jumaat)

Tarikh akhir mengemukakan abstrak                              : 23 Februari 2024 (Jumaat)

Tarikh akhir mengemukakan manuskrip dan poster       : 3 Mei 2024 (Jumaat)

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan program di atas, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia program seperti di bawah:

 

Nama

Emel

No. Telefon

Dr. Noor Hafiza binti Nordin

hafizanordin [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2372

Nor Idayu binti Arifin

nidayu [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2322

Ernisha binti Abdul Karim

ernisha [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2324

 

poster