Date: Rabu, Januari 19, 2022

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 4th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 9 dan 10 Ogos 2022 sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR di Dewan Utama CREaTE. Tema bagi 4th. JKRRC ini adalah Shaping The Future with Research, Development, and Innovation”.

 

Sempena 4th. JKRRC 2022 tersebut, lima (5) kategori anugerah akan dipertandingkan seperti berikut:

 

  1. Persembahan Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
  2. Manuskrip/artikel Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
  3. Poster Terbaik (Tempat pertama hingga ketiga)
  4. Penyelidik Terbaik
  5. Penyelidik Harapan

Pemenang anugerah akan membawa pulang sijil dan hadiah wang tunai.

 

Sehubungan itu, Urus Setia dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menyertai program ini sebagai pembentang kertas penyelidikan dan/atau pempamer poster penyelidikan semasa program tersebut berlangsung.

             

Permohonan penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster boleh dibuat secara atas talian (google form) di https://bit.ly/3H6Z2e7PENYERTAANPEMBENTANGJKRRC2022 (link is external). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 Februari 2022 (Jumaat).

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program 4th. JKRRC ini, tuan boleh menghubungi urus setia seperti butiran di bawah:

 

Dr. Nurul Ain binti Abd Wahab– 06 551 2322

YM. Tengku Muhammad Ibrahim Salahuddin bin Tengku Ahmad

Pn. Ernisha binti Abdul Karim– 06 551 2324

 

Kerjasama tuan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.

 

Sekian terima kasih.