Jemputan Seminar
J A L A N B A N D A R @ P U L A U P I N A N G 2 0 2 4
( U R B A N R O A D S E M I N A R @ P E N A N G 2 0 2 4 )
“Infrastruktur Baik Memacu Pembangunan Negara”
Adalah dimaklumkan bahawa JKR Pulau Pinang dan Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) akan menganjurkan Seminar Jalan Bandar yang pertama di Pulau Pinang 2024 pada ketetapan seperti berikut :-
Ini adalah acara pertama yang dianjurkan bersama antara agensi kerajaan di Pulau Pinang untuk membincangkan mengenai jalan bandar dan ciri-ciri pentingnya untuk jalan bandar yang lebih baik di masa hadapan.Seminar ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada jalan raya di kawasan bandar dengan Pulau Pinang sebagai contoh urbanisasi.
Seminar ini akan membincangkan topik yang akan memberi pencerahan kepada peserta tentang aspirasi, reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan, sistem, pelan trafik dan mobiliti mikro yang dicadangkan untuk kawasan bandar.
Penceramah daripada agensi kerajaan dijemput untuk menyampaikan topik khusus jalan bandar. Peserta dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak (Northern region) akan berpeluang untuk menikmati pameran yang disertai oleh syarikat-syarikat yang terlibat di dalam industri jalan raya tempatan di Malaysia.
Bersama-sama ini disertakan Poster Seminar, Borang Penyertaan Seminar dan Borang Penyertaan Pameran untuk dimuat naik seperti pautan dibawah:
Tuan/puan yang berminat adalah dijemput untuk menyertai seminar dan pameran ini.Sila emel borang penyertaan yang telah lengkap diisi beserta resit pembayaran ke emel rasmi program seminarjalanream2024 [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) untuk tindakan selanjutnya.
- 867 bacaan