Date: Selasa, September 14, 2021

Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan JKR Greenday 2021 yang bertemakan ‘Construction Industry towards Sustainable Development Goals’ pada 21 Oktober 2021 bersempena Hari Alam Sekitar Negara secara dalam talian.

JKR Greenday 2021 ini akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia; YBhg. Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan dan ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Program ini melibatkan pembentang jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dan merangkumi disiplin kejuruteraan awam, elektrikal, mekanikal, seni bina dan ukur bahan. Senarai penuh pembentang dan tajuk adalah seperti buku atur cara yang dilampirkan.

Semua peserta yang mengikuti JKR Greenday 2021 akan diberikan sijil penyertaan digital (akan diedarkan selepas program melalui emel) dan mata CPD sedang dalam proses permohonan bagi kesemua disiplin. Penyertaan program JKR Greenday 2021 adalah percuma.

Bagi yang berminat untuk menyertai JKR Greenday 2021 boleh membuat pendaftaran melalui pautan berikut:

https://forms.gle/HzFpRCBwYpcJZfxU6 (link is external)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut; boleh berhubung dengan En. Yuvabalan di talian 03-40518418; emel yuvabalan [at] jkr.gov.my atau Pn. Nurain di talian 03-40518430; emel nurain [at] jkr.gov.my.