Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga, JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur akan menganjurkan JKR Green Day 2023 pada 16hb – 17hb Ogos 2023 bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya.
Pembangunan negara dan pemeliharaan alam sekitar perlu bergerak seiringan. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar atau lebih dikenali dengan pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa hadapan.
Dengan bertemakan Ace-ing Development Protecting Nature, penganjuran JKR GREENDAY 2023 ini merupakan satu inisiatif Jabatan Kerja Raya untuk memberi kefahaman seterusnya meningkatkan kesedaran mengenai penerapan elemen kelestarian dan teknologi hijau terkini dalam industri pembinaan bagi menyokong aspirasi Malaysia ke arah Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG).
JKR GREENDAY 2023 merupakan platform strategik bagi pihak kementerian, jabatan, agensi, kerajaan negeri, pihak swasta, industri, ahli akademik dan pelajar mengetengahkan inisiatif sedia ada atau yang sedang dibangunkan, bertukar pendapat, menjalinkan kerjasama pakar dalam perkembangan teknologi hijau terkini serta meningkatkan kemampanan sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya.
Oleh itu, Cawangan ini berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai JKR GREENDAY 2023 sebagai peserta melalui pautan pendaftaran berikut :
PENDAFTARAN : https://forms.gle/8f9zGcLbaJfeLDji7 (link is external)
WEBSITE JKR GREENDAY : https://jkrgreenday.my.canva.site/ (link is external)
Pendaftaran dibuka sehingga 6 Ogos 2023.
Kita berjumpa di JKR GREENDAY 2023! Terima kasih di atas sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Untuk info lanjut, boleh hubungi:
Sekretariat JKR GREENDAY 2023
Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 22, No.50 Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
Emel: jkrgreenday [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
- 2370 bacaan