(Sumber perolehan berita: Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE), 29 Mac 2019)
JKR Malaysia telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila mengungguli National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx’19) yang berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra Kedah pada 19 hingga 21 Mac 2019.
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah mengemukakan sebanyak 13 produk inovasi ke pertandingan tersebut dan hasilnya JKR berjaya meraih 11 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa. Selain itu, JKR juga telah memenangi 8 anugerah khas iaitu :
- Anugerah Harta Intelek - Produk Tongue & Groove Shaped Concrete Drain
- Juara Anugerah Terbaik Kelas A (Rekabentuk Alam Bina & Rekabentuk Dalaman) – Produk Float Range Pole (FRP)
- Juara Anugerah Terbaik Kelas B (Pembinaan & Bahan) – Produk Conc Matt
- Naib Juara Anugerah Terbaik Kelas B (Pembinaan & Bahan) - Produk Tongue & Groove Shaped Concrete Drain
- Naib Juara Anugerah Terbaik Kelas E (Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi) – Produk Leakage Current Detection Device
- Ketiga Anugerah Terbaik Kelas A (Rekabentuk Alam Bina & Rekabentuk Dalaman) – Produk Camboard
- Ketiga Anugerah Terbaik Kelas B (Pembinaan & Bahan) – Produk F-Flex
- Ketiga Anugerah Terbaik Kelas D (ICT & Multimedia) – Produk I.E Mech
Berikut merupakan keputusan penuh produk inovasi JKR Malaysia di iCompEX'19 :
Bil | Nama Produk Inovasi | Pejabat | Pencapaian |
| An Apparatus to Support Mechanical Devices | CREaTE JKR | Pingat Emas |
| A Machine for Vacuuming and Shredding Plant Litter (VDER) | JKR Wilayah Pesekutuan Putrajaya | Pingat Emas |
| Tongue and Groove Shaped Concrete Drain | JKR Daerah Kemaman | 1. Pingat Emas 2. Naib Juara Anugerah Terbaik Kelas B (Pembinaan & Bahan) 3. Anugerah Harta Intelek |
| Leakage Current Detection Device | CKE, JKR Negeri Perak | 1. Pingat Emas 2. Naib Juara Anugerah Terbaik Kelas E (Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi) |
| Float Range Pole (FRP) | JKR Daerah Kluang | 1. Pingat Emas 2. Juara Anugerah Terbaik Kelas A (Rekabentuk Alam Bina & Rekabentuk Dalaman) |
| | ||
| Camboard | JKR Daerah Kluang |
|
| Conc Matt | JKR Daerah Kluang | 1. Pingat Emas 2. Juara Anugerah Terbaik Kelas B (Pembinaan & Bahan) |
| IE MECH | CKM, JKR Negeri Selangor | 1. Pingat Emas 2. Ketiga Anugerah Terbaik Kelas D (ICT & Multimedia) |
| F-Flex | CKAS, Ibu Pejabat JKR | 1. Pingat Emas 2. Ketiga Anugerah Terbaik Kelas B (Pembinaan & Bahan) |
| ELECT - Smart Pro Estimator | CKE, Ibu Pejabat JKR | Pingat Emas |
| Pengurusan Kenderaan Bersepadu | JKR, Negeri Pahang | Pingat Emas |
| T-Protect | CKE, JKR Negeri Pahang | Pingat Perak |
| Early Warning System | JKR Daerah Pasir Mas | Pingat Gangsa |
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan pereka cipta serta urus setia yang terlibat. Kejayaan ini diharap akan mendatangkan hasil yang bermanafaat untuk JKR dan menjadi pendorong kepada kakitangan JKR untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi pada masa akan datang.
- 1563 bacaan