Date: Selasa, November 28, 2023

Ipoh Perak, 21 November 2023 – Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat melalui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM, CDPK) dan JKR Negeri Perak serta kolaborasi bersama Persatuan Teknologi Maklumat (PTEM) Perak telah menganjurkan JKR PERAK CYBER DAY 2023 bersempena sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN).

Program yang bertemakan “MENERAJU TEKNOLOGI ICT KE ARAH MALAYSIA MADANI” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Negeri Perak. Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan KPKR (Sektor Pakar) merangkap Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CIO) Jabatan, YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan KPKR (Sektor Bangunan) merangkap Pengerusi Sambutan HPTN 2023, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin​, Pengarah CDPK dan YBhg. Dato' Ir. Hj. Hamdan bin Ali, Pengarah JKR Negeri Perak selaku tuan rumah serta Pengarah JKR Cawangan/Negeri, Wakil Pejabat SUK Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perak dan Ketua-ketua Bahagian/Jurutera-jurutera Daerah JKR Negeri Perak.

Objektif utama penganjuran program ini adalah:

  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta program mengenai pengetahuan baharu ataupun “emerging knowledge” ICT;
  2. Memupuk budaya pengembangan, perkongsian dan cintakan ilmu yang mampan serta berterusan berkenaan teknologi ICT; dan
  3. Menghargai Penyelaras ICT, Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik sebagai salah satu profesion teknikal negara.

Program sambutan selama dua (2) hari ini bermula pada 21 November hingga 22 November 2023 bertempat di Casuarina Convention Centre (CCC), Perak berjaya mengumpulkan kehadiran melebihi 800 orang yang terdiri daripada Penyelaras ICT Cawangan Ibu Pejabat JKR, Penyelaras ICT JKR Negeri, Ahli Persatuan Teknologi Maklumat (PTEM) Perak, Pegawai BTM, CDPK, Pegawai Teknologi Maklumat JKR Negeri Perak, Wakil Agensi Kerajaan & Swasta serta Pensyarah dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi

Antara pengisian sepanjang program JKR PERAK CYBER DAY 2023 adalah:

  1. Webinar IT;
  2. Mesyuarat Libat Urus Bersama Penyelaras ICT Cawangan Ibu Pejabat & JKR Negeri;
  3. Pembentangan dan perkongsian maklumat;
  • Pembentangan 1: Peranan ICT dalam Menjayakan Malaysia MADANI
  • Pembentangan 2: Pemerkasaan Modal Insan Perkhidmatan Sistem Maklumat Ke Arah Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan serta Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Sistem Maklumat Yang Komprehensif Melalui Sistem Pengurusan Kerjaya (SPK)
  • Pembentangan 3: Ancaman Jenayah Siber di Malaysia
  • Pembentangan 4: Transformasi Digital Dalam Proses Perolehan Kerja Jabatan Kerja Raya
  • Pembentangan 5: Modernizing Construction Using Emerging Technology, Metaverse and Digital Twinning
  • Pembentangan 6: Tren Terkini dan Cabaran Media Sosial Dalam Masyarakat
  1. Pembentangan teknologi

Bil.

Nama Syarikat

Tajuk Pembentangan Teknologi

1

OKI DATA(SINGAPORE) PTE LTD MALAYSIA BRANCH

OKI Technology Update

2

H3C TECHNOLOGY SOLUTIONS MALAYSIA SDN BHD

H3C Product Range

3

D-RON MALAYSIA SDN BHD

Pendekatan Komprehensif Infrastruktur Malaysia Dengan Teknologi Pengawasan Pintar Data Video Analitik

4

SANGFOR TECHNOLOGIES (MALAYSIA) SDN BHD

XDDR simplify your security operation

5

E-CONTENT (M) SDN BHD

Proto M - Your Window to Metaverse

6

AUTODESK ASIA PTE LTD & TECHD MALAYSIA SDN BHD

Ensuring Security in Autodesk Cloud Solutions

7

VMWARE MALAYSIA SDN BHD & INGRAM MICRO MALAYSIA SDN BHD

Embracing Multi Cloud Journey with VMware Solutions

8

VSTECS PERICOMP SDN BHD & HUAWEI

CloudCampus 3.0: Simplifying Campus Networks, Inspiring Digital Innovations

 

Penyampaian Anugerah Laman Web/Portal Peringkat JKR Negeri dan Penganugerahan Pensijilan Certified Green Computing Facility Titanium Plus Pusat Data JKR serta Anugerahan Jasa Pendigitilan Perak (AJPP) turut diadakan sempena JKR PERAK CYBER DAY 2023.

Bil.

Anugerah

Penerima

1

Anugerah Laman Web/Portal Peringkat JKR Negeri

Johan – JKR Kelantan

Naib Johan – JKR Perak

Tempat Ketiga – JKR Perlis

2

Penganugerahan Pensijilan Certified Green Computing Facility Titanium daripada Green Climate Initiative (GCI)

Pusat Data, Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia

3

Anugerahan Jasa Pendigitilan Perak (AJPP)

Penerima pertama: Puan Aznin binti Ismail

Penerima kedua: Encik Syed Shahrom bin Syed Agil

 

Selain itu, Pameran Teknologi juga diadakan sepanjang program ini berlangsung, dengan penyertaan 33 pempamer telah memeriahkan sambutan JKR PERAK CYBER DAY 2023 kali ini.

Program JKR PERAK CYBER DAY 2023 di akhiri dengan ucapan penutup oleh YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan KPKR (Sektor Pakar) merangkap Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CIO) Jabatan.

JKR Cyberday

JKR Cyberday

JKR Cyberday

JKR Cyberday

JKR Cyberday

 

JKR Cyberday

JKR Cyberday

JKR Cyberday

JKR Cyberday