Date: Jumaat, Disember 23, 2016
YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
 
 
Dimaklumkan bahawa JKR Malaysia sedang menjalankan kaji selidik berkenaan dengan pengukuran Tahap Kepuasan Warga JKR (Indeks Kepuasan Pekerja - ESI) untuk tahun 2016. Kaji selidik ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kakitangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Soalan-soalan yang dikemukakan perlu dijawab dengan jujur dan pandangan anda adalah amat penting dalam menjamin mutu perkhidmatan Jabatan ini. Segala maklumat yang diperolehi adalah SULIT. Maklum balas yang diperolehi akan digunakan dalam melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan pada masa hadapan.
 
Sehubungan dengan itu, warga JKR di bawah lantikan PERSEKUTUAN adalah diwajibkan untuk menjawab KAJIAN TERHADAP KEPUASAN KAKITANGAN DI JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2016/2017 secara online sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember 2016. 
 
Sebarang pertanyaan berhubung kaji selidik ESI 2016 ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:-
 
  a. Nama : HARLIZA HANIS BINTI ABD RAZAK
   Telefon : 03-2618 8653
    
  b. Nama : SITI NURRAFFIFAH BINTI MOHD AMIN
   Telefon : 03-2618 8491
    
Atau, boleh emailkan segala masalah anda berhubung dengan kaji selidik ini ke urusetiaesi [at] jkr.gov.my. Sebagai peringatan, kaji selidik ini daftarkan kepada pegawai secara individu. Pegawai hanya perlu klik pautan yang terdapat dalam email masing-masing.
 
Kerjasama Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan pelaksanaan kaji selidik ini amatlah dihargai dalam menjadikan JKR sebagai sebuah organisasi yang cemerlang dan terbilang.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Urusetia ESI,
Bahagian Komunikasi Korporat,
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,